Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Creeper muncul sebagai kerusi gaming Secretlab Minecraft Edition, khas untuk peminat Minecraft!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2021
in Artikel, Berita, Perabot, Produk, Teknologi
0 0
0
Creeper muncul sebagai kerusi gaming Secretlab Minecraft Edition, khas untuk peminat Minecraft!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu watak paling ikonik dalam Minecraft, iaitu Creeper, telah menjadi fokus utama untuk kerusi gaming Secretlab TITAN Evo 2022 Minecraft Edition, yang direka dengan kerjasama Mojang Studio. Dilancarkan sempena Minecraft Live 2021, kerusi Secretlab Minecraft Edition direka untuk meraikan semangat dan kreativiti komunti Minecraft global yang tidak terbatas.

Diilhamkan oleh hubungan pemain Minecraft dan Creeper, Secretlab Minecraft Edition memperkenalkan watak ikonik ini ke dunia sebenar dengan menggabungkan gaya seni piksel permainan dengan semua ciri eksklusif Secretlab TITAN Evo 2022. Secretlab Minecraft Edition dilapisi dengan kain Secretlab SoftWeave Plus, sejenis kain dari bahan SoftWeave yang telah dinaik taraf supaya ada lebih ruang bernafas dan lebih tahan lama, untuk memastikan pemain kekal sejuk dan selesa semasa meneroka dunia Minecraft. Struktur jahitan juga berjaya mereplikasikan tekstur piksel unik dan merangkumi bintik hitam dan hijau yang sepatutnya meniru blok rumput dan penampilan Creeper.

Pengasas bersama dan CEO Secretlab, Ian Ang berkata:

“Saya berpendapat bahawa latar belakang Creeper sangat menarik – sukar untuk membayangkan bahawa kumpulan paling ikonik dalam permainan ini dibuat secara tidak sengaja dan pada awalnya bertujuan untuk menjadi seekor khinzir. Teknik mengait baru yang digunakan untuk kain Secretlab SoftWeave Plus membuka pelbagai kemungkinan untuk kita, dan kita tidak dapat memikirkan cara yang lebih baik untuk bermula selain daripada menggunakan Creeper dan permainan yang paling berpengaruh pada dekad ini.”

12 tahun selepas pelancaran asal, lebih daripada 140 juta orang telah bermain Minecraft setiap bulan di setiap negara di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 238 juta salinan terjual di seluruh dunia, Minecraft merupakan permainan terlaris sepanjang masa dan kini dianggap sebagai fenomena budaya. Pada tahun 2020, Minecraft sekali lagi menduduki tangga teratas sebagai kandungan yang paling banyak ditonton di YouTube dengan lebih daripada 200 bilion tontonan.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lagi tentang kerusi gaming Secretlab Minecraft Edition, sila lawat laman web rasmi mereka di SINI. Untuk segala liputan kami tentang Minecraft, sila tekan pautan ini.

Tags: Creeperkerusi gamingMinecraftMojang StudioSecretlab Minecraft EditionSecretlab TITAN Evo 2022 Minecraft Edition
Previous Post

Dota 2 mengumumkan musim kedua Dragon’s Blood di Netflix dan Marci sebagai hero terbaru!

Next Post

[DCFD 2021] Treler pertama untuk filem DC Black Adam didedahkan oleh The Rock!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[DCFD 2021] Treler pertama untuk filem DC Black Adam didedahkan oleh The Rock!

[DCFD 2021] Treler pertama untuk filem DC Black Adam didedahkan oleh The Rock!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd