Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sasageyo! Kolaborasi Attack on Titan x Rules of Survival bermula hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2021
in Android, Anime, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Sasageyo! Kolaborasi Attack on Titan x Rules of Survival bermula hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Rules of Survival (ROS), game mobile battle royale popular yang dikembangkan oleh NetEase Games, telah bekerjasama dengan siri anime/manga terkenal Attack on Titan (AOT) untuk membawa watak utama termasuk Eren dan Mikasa ke dalam permainan! Acara kolaborasi ini akan berlangsung selama satu bulan dan secara rasmi dilancarkan hari ini (13 Oktober) di wilayah Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Pemain ROS boleh mendapatkan buff dan ganjaran secara percuma dengan bertemu watak utama AOT dan menyelesaikan beberapa misi dalam manual latihan khusus. Item bertema termasuk kostum transformasi, senjata dan juga kereta yang boleh didapati dalam loteri. Selain itu, sebuah mod interaksi baru akan dilancarkan semasa tempoh kolaborasi ini. Pemain boleh mengikuti latihan Survey Corp dan bertarung melawan Titan, dan mendapatkan token dari watak AOT serta memenangi pelbagai jenis bonus unik.

Secara keseluruhan, kolaborasi baru Attack on Titan akan membawa lebih banyak kejutan dan kegembiraan kepada para pemain Rules of Survival dan peminat anime.

「進撃の巨人」スマートフォンゲーム最新作
『進撃の巨人Brave Order』制作決定!

略称は #ブレオダ です。こちらのアカウントから最新情報をお届けします。

ティザーサイトはこちらhttps://t.co/GW3r8PsW6w#ブレオダ#進撃の巨人#shingeki pic.twitter.com/NTQqSU0rnv

— 『進撃の巨人Brave Order』【ブレオダ】@「一羽根二墨三勝負」 開催中! (@shingeki_bo) September 9, 2021

Bagi mereka yang tidak tahu, studio Enish dari Jepun juga telah mengumumkan game Attack on Titan: Brave Order untuk peranti iOS dan Android! Dijelaskan sebagai game “massively multiplayer cooperative RPG”, pemain akan menjadi salah satu dari anggota Survey Corps bersama Eren dan Mikasa, dan harus melawan para Titan bersama dengan pemain lain. Ia juga dilengkapi dengan lakonan suara.

Malangnya, Attack on Titan: Brave Order tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan mungkin akan keluar di Jepun dahulu. Pelancaran global masih dalam perbincangan buat masa ini. Itu sahaja maklumat yang didedahkan! Sikit kan? Jika nak info lebih, korang boleh melawat halaman web rasmi di sini atau ikuti perkembangan semasa di akaun Twitter mereka.

https://twitter.com/AttackOnTitan/status/1376199874413277187

Pada masa yang sama, tarikh pelepasan untuk Attack on Titan The Final Season: Part 2 telah diumumkan secara rasmi. Pengumuman itu datang pada penghujung acara konsert dan memberitahu bahawa anime akan kembali dengan episod 76 yang berjudul “Danzai”. Bagi mereka yang tidak tahu, Attack on Titan adalah siri anime popular berdasarkan manga Jepun dengan nama yang sama. Musim pertama anime membuat tayang perdana pada bulan April 2013, dan sejak itu, ia telah mengumpulkan berjuta-juta peminat di seluruh dunia. Sudah tentu, ada juga peminat yang kecewa bahawa manga AOT telah tamat pada awal tahun. Namun, korang semua masih boleh menantikan kepulangan siri anime.

Rules of Survival
Publisher: NetEase Games
Developer: NetEase Games
Release Date: 2017-11-15
Android, Microsoft Windows
Rules of Survival merupakan permainan multiplayer online battle royale yang dikembangkan dan diterbitkan oleh NetEase Games, yang pertama kali dikeluarkan melalui akses beta pada November 2017. Menjelang Oktober 2018, permainan telah mencapai 230 juta pemain di seluruh dunia. Sehingga 30 Mei 2018, permainan itu dikeluarkan pada Steam.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on Titannetease gamesRules of Survival
Previous Post

Ingin bermain Squid Game? Jom ke Sunway Pyramid untuk acara ekslusif Squid Game!

Next Post

Senarai game Gundam terbaik yang semua peminat mecha wajib cuba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai game Gundam terbaik yang semua peminat mecha wajib cuba!

Senarai game Gundam terbaik yang semua peminat mecha wajib cuba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd