Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sejarah ringkas tentang harta karun misteri One Piece!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sejarah ringkas tentang harta karun misteri One Piece!
0
SHARES
669
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu misteri terbesar dalam sejarah anime ialah harta karun One Piece, yang kebetulan menjadi nama tajuk untuk siri terkenal One Piece oleh Eiichiro Oda. Direbut oleh setiap lanun dari pelbagai generasi, harta karun ini pertama kali ditemui oleh bekas “King of Pirate”, Gol D. Roger, tapi hanya dia sahaja yang tahu tentang “isi kandungan”. Semua orang, termasuk kita peminat pun terpaksa menunggu jawapan sebenar selama bertahun-tahun tatapi memandangkan arc finale semakin dekat, saya akan cuba menjelaskan sebaik mungkin tentang sejarah ringkas harta karun misteri One Piece!

Joy Boy pertama kali disebut semasa arc Fish-Man Island

Pada suatu ketika semasa era Void Century, seorang lelaki bernama Joy Boy menjumpai sebuah pulau yang terletak di hujung Grand Line. Di sini, dia meninggalkan harta yang nilainya memang tidak boleh dibayangkan. Kisah harta karun tersebut menarik minat Gol D. Roger, dan dia memutuskan untuk menjelajah bersama krewnya, Roger Pirates, untuk melihat dengan mata sendiri jika harta karun ini betul-betul wujud atau hanya khabar angin. Seperti pengembaraan Luffy, anda semua boleh faham betapa susahnya perjalanan untuk pergi ke pulau tersebut dan apa yang mereka harus belajar untuk bertahan hidup.

Roger berkongsi teorinya tentang pulau terakhir di New World kepada Whitebeard dan Oden.

Semasa adegan flashback kisah hidup Kozuki Oden di arc Wano, kita mempelajari lebih lagi tentang harta karun misteri ini selepas samurai itu menyertai krew Roger (asalnya Oden bersama krew Whitebeard). Dengan pengetahuan untuk membaca tulisan Poneglyph, Oden berjaya membantu Roger menemui pulau terakhir yang terletaknya harta karun itu. Setelah tiba di pulau dan melihat isi kandungan harta karun Joy Boy, Roger dan ahli krew yang menenaminya mula ketawa.

Roger menggambarkan perjalanannya sebagai “kisah yang penuh ketawa”, lantas mendapat idea untuk menamakan pulau terakhir di Grand Line sebagai “Laugh Tale”. Selepas penemuan Roger Pirates, seluruh dunia mula merujuk harta karun misteri Joy Boy sebagai “One Piece”.Sebelum Roger dihukum mati, dia mengumumkan kepada dunia bahawa harta karun ini boleh dimiliki oleh siapa saja yang dapat menemuinya, lantas memulakan era “Great Age of Pirates.”

Luffy dan krew Straw Hat Pirates hampir tahu tentang harta karun One Piece semasa di arc Sabaody Archipelago, ketika Usopp cuba bertanya kepada Silvers Rayleigh. Namun, Luffy tidak membenarkan Usopp bertanya dan kata bahawa ini akan membuatkan tujuan asal pengembaraan mereka menjadi tidak bermakna jika masing-masing sudah tahu tentang One Piece. Umpama spoiler lah: kalau kita tahu tentang seluruh jalan cerita, mestilah pengalaman menonton sesebuah anime pun menjadi tidak seronok.

Itu sahaja yang saya boleh jelaskan secara ringkas tentang harta karun misteri One Piece. Apakah pendapat anda? Bagaimanakah siri legenda ini akan tamat? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – One Piece Fandom

Tags: animeEiichiro OdaFaktaharta karun One Piecemangaone piece
Previous Post

Racing Master mulakan ujian Beta kedua pada bulan ini!

Next Post

Dengan kuasa yang padu, ini Lima sebab untuk anda menggunakan Razer Blade 14!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap
Eksklusif

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap

June 30, 2026
Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senarai Watak Semasa Pelancaran
Senarai

Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senarai Watak Semasa Pelancaran

June 30, 2026
Mobile Roguelite ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Membuka Pradaftar
Mobile

Mobile Roguelite ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Membuka Pradaftar

June 30, 2026
Next Post
Dengan kuasa yang padu, ini Lima sebab untuk anda menggunakan Razer Blade 14!

Dengan kuasa yang padu, ini Lima sebab untuk anda menggunakan Razer Blade 14!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd