Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PC Building Simulator kini percuma di Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, Simulator
0 0
0
PC Building Simulator kini percuma di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya pengguna PC tahu betapa susahnya untuk dapatkan satu kad grafik di dunia sebenar buat masa sekarang, tetapi nasib baiklah, masih ada cara bagi kita membina PC dengan komponen terbaik. Untuk masa yang terhad, PC Building Simulator, sebuah game di mana kita boleh membina PC impian sendiri di ruang siber, kini ditawarkan secara percuma di Epic Games Store sehingga 15 Oktober!

Mula-mula dikeluarkan pada awal tahun 2019, PC Building Simulator adalah game simulasi yang tepat untuk perbuatan atau kerja membina PC. Walaupun bukan antara game simulator yang paling pelik di pasaran (Goat Simulator memang calon pertama), ia tetap menerima sambutan meriah di mana sebanyak 3000 pengguna memberi penilaian “Very Positive” di Steam, yang menunjukkan betapa popularnya genre simulator pada zaman ini.

Di PC Building Simulator, kita diberi tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan membina dan memperbaiki PC di mana anda mesti menggunakan semua kemahiran teknikal untuk menyelesaikan pelbagai permintaan yang datang dari pelanggan. Permintaan ini merangkumi “menukar bahagian dalaman PC dan membuat penambahbaikan umum, sehinggalah membina sistem PC sepenuhnya”. Semua permintaan ini harus diselesaikan sambil menyeimbangkan duit untuk memastikan kita sentiasa memperoleh keuntungan!

Sebenarnya, PC Building Simulator boleh menjadi alat pengajaran yang bagus bagi sesiapa yang ingin mula membina sistem sendiri dan bertujuan untuk mengajar pengguna baru bagaimana cara-cara memasangkan PC dengan arahan lengkap yang menjelaskan “bagaimana bahagian itu harus dipasang” serta memberikan maklumat berguna tentang setiap perkakasan dan fungsinya.

Jika anda berminat, jangan lupa untuk menebus PC Building Simulator sekarang di Epic Games Store selagi ia percuma. Apa yang ditawarkan hanyalah game asas, tetapi jika anda inginkan lebih banyak kandungan, pelbagai DLC juga tersedia seperti expansion esports di mana kita membekalkan PC untuk pasukan esports.

Tags: epic games storeFreePCPC Building SimulatorPercuma
Previous Post

[Panduan] Jadi ayam sabung paling hebat, Ini panduan untuk minigame dalam Far Cry 6!

Next Post

Sony memperkenalkan TV BRAVIA XR yang ‘Perfect untuk PlayStation 5!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Sony memperkenalkan TV BRAVIA XR yang ‘Perfect untuk PlayStation 5!’

Sony memperkenalkan TV BRAVIA XR yang ‘Perfect untuk PlayStation 5!’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd