Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Suit Gundam: Battle Operation Code Fairy diumumkan untuk PS5 & PS4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Genre, PS4, PS5
0 0
0
Mobile Suit Gundam: Battle Operation Code Fairy diumumkan untuk PS5 & PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco baru sahaja mengumumkan game baru Mobile Suit Gundam: Battle Operation Code Fairy untuk platform PlayStation 5 dan PlayStation 4! Sempena itu, mereka telah mengeluarkan video teaser di halaman Youtube rasmi 876TV. Anda boleh tonton video teaser di bawah:

Sebagai entri terbaru dalam siri Battle Operation, kita boleh melihat teks “Another Battle Operation is about to begin,” yang menandakan Mobile Suit Gundam: Battle Operation Code Fairy mungkin akan menjadi sekuel atau spin-off. Malangnya, itu sahaja yang diumumkan. Jika anda ingin info tentang visual, naratif, gameplay dan sebagainya, nampaknya lebih banyak maklumat akan diumumkan pada 19 Oktober.

Siri Mobile Suit Gundam: Battle Operation terdiri daripada tiga game yang percuma untuk dimainkan. Berikut adalah senarai ringkas:

  • Mobile Suit Gundam: Battle Operation (PS3) – 28 Jun 2012
  • Gundam: Battle Operation NEXT (PS4, PS3) – 27 Ogos 2015
  • Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 (PS5, PS4) – 26 Julai 2018 untuk PS4, 27 Januari 2021 untuk PS5

Buat masa ini, hanya Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 sahaja yang masih aktif. Game lain di dalam senarai atas telah menamatkan perkhidmatan.

Bagi mereka yang tidak tahu, Mobile Suit Gundam: Battle Operation adalah game “free-to-play team battle action” di mana kita boleh bekerjasama atau bertarung dengan rakan dalam “Mobile Suit” berdasarkan francais Gundam. Daripada yang klasik hingga lah yang paling baru, terdapat pelbagai pilihan untuk kita cuba. Seperti yang saya terangkan di atas, masih tidak ada banyak maklumat tentang Battle Operation Code Fairy, jadi kita hanya mampu menunggu apabila Bandai Namco mengumumkan berita seterusnya.

Pada masa yang sama, tiga karya terbaru untuk siri Gundam sedang dalam pembikinan dan ini termasuk TV anime dan filem eksklusif. Mobile Suit Gundam Mercury Witch akan disiarkan pada tahun 2022, Mobile Suit Gundam Iron-Blooded Orphans akan mengeluarkan OVA istimewa, dan filem baru “Mobile Suit Gundam Kukurus Doan Island” yang dilukis oleh pengarah Yoshikazu Yasuhiko akan tiba akan 2022.

Untuk segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoMobile Suit Gundam: Battle Operation Code FairyPS4ps5
Previous Post

Pembekal Pihak Ketiga Pertama Kingston Technology akan menerima Intel Platform Validation pada DDR5 Memory

Next Post

Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik ibu kandung Son Goku!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik ibu kandung Son Goku!

Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik ibu kandung Son Goku!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd