Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah anime Edens Zero meninggal dunia, anime masih diteruskan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pengarah anime Edens Zero meninggal dunia, anime masih diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan episod finale untuk musim pertama Edens Zero, kami menerima berita bahawa pengarah Yuji Suzuki telah meninggal dunia atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. Walaupun beliau sudah tiada, anime Edens Zero tetap akan diteruskan menurut sumber rasmi.

Kematian Yuji Suzuki dimaklumkan pada hujung minggu lalu di mana akaun Twitter rasmi Edens Zero memuat naik tweet untuk mengesahkan berita tersebut kepada peminat. Daripada meraikan episod finale, netizen dengan cepat menyampaikan ucapan takziah mereka kepada beliau. Menurut laporan dari Jepun, Suzuki meninggal dunia pada awal September di sebuah hospital di Tokyo. Buat masa ini, mereka tidak menjelaskan sebab kematian untuk beliau. Sebaliknya, pihak produk menulis:

“Dengan penuh penyesalan, kami harus melaporkan hal ini kepada semua peminat dan orang yang telah menyokong Edens Zero. En. Yuji Suzuki, pengarah animasi Edens Zero telah meninggal dunia pada 9 September, 2021 di sebuah hospital di Tokyo.”

“Berita kematiannya datang secara tiba-tiba sehingga semua kakitangan dan orang-orang yang telah bekerjasama untuk membuat karya ini masih tidak percaya dan bersedih. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah Suzuki atas usaha besarnya dalam animasi Edens Zero. Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarganya yang sedang berduka.”

あまりにも突然の訃報に、スタッフ一同未だ信じがたく、深い悲しみの中にあります。本作において鈴木監督には多大なご尽力をいただきました。今は皆様とともに、心からご冥福をお祈りしたいと思います。

— EDENS ZEROプロジェクト公式 (@EDENSZERO_PJ) October 2, 2021

Walaupun Suzuki sudah tiada, pasukan di sebalik anime Edens Zero masih bekerja keras di belakang tabir. Kini, sebuah laporan baru dari Twitter mereka mengesahkan bahawa anime akan diteruskan dengan episod baru. Selain itu, mereka tidak berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai anime, jadi diminta supaya semua peminat bersabar sementara kita menunggu info seterusnya daripada pihak produksi.

Mereka masih belum mencari pengganti untuk jawatan pengarah, tetapi musim kedua pasti akan memberi penghormatan kepada Suzuki selepas bekerja keras untuk menghasilkan pelbagai karya yang mengagumkan dalam industri animasi Jepun.

TVアニメ「#EDENSZERO」最終話ご覧いただき、ありがとうございました!シキたちの冒険はまだまだ続いていきます。これからも、応援よろしくお願いします。#エデンズゼロ

そして今日は、大切なお知らせをお伝えしなければなりません。

— EDENS ZEROプロジェクト公式 (@EDENSZERO_PJ) October 2, 2021

Jika anda berminat untuk menonton Edens Zero, anime ini kini disiarkan di Netflix. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter@Edens Zero

Tags: animeEdens ZeroYuji Suzuki
Previous Post

Tengah naikkan Rank Pokémon UNITE ke tu? Ni antara Pokémon Hype untuk digunakan!

Next Post

Game mobile MMO popular China dituduh meniru treler Final Fantasy 14!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Game mobile MMO popular China dituduh meniru treler Final Fantasy 14!

Game mobile MMO popular China dituduh meniru treler Final Fantasy 14!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd