Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai anime akan datang untuk anda tonton! Ada Demon Slayer, Digimon dan banyak lagi!

Maira by Maira
September 29, 2021
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Senarai anime akan datang untuk anda tonton! Ada Demon Slayer, Digimon dan banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan berakhirnya siri anime seperti Tokyo Revengers, Tensura dan Digimon Adventure, mesti ramai peminat yang inginkan anime baru untuk ditonton. Ini berita gembira untuk anda! Kami sediakan senarai beberapa anime menarik yang anda boleh layan sementara menunggu musim seterusnya untuk siri anime lalu. Anda boleh berjumpa Tanjiro dan rakan-rakannya atau berkawan Komi seorang pelajar yang pemalu. Ada juga siri Digimon yang baru. Jom tengok senarai anime musim luruh untuk anda tonton!

Demon Slayer: Entertainment District Arc

Tanjiro dan rakan-rakannya menemani Hashira Tengen Uzui ke daerah hiburan di mana ejen ninja wanita Tengen, mengumpulkan maklumat mengenai demon tiba-tiba menghilang. Untuk menyiasat, Tanjiro dan yang lain menyamar sebagai wanita untuk menyelinap masuk! Ketika mereka menghampiri sasaran mereka, demon telahpun menghampiri penduduk daerah itu!

Komi Can’t Communicate

Ini adalah hari pertama Shouko Komi di Sekolah Menengah Persendirian Itan yang berprestij, dan dia telah naik ke status sebagai Madonna sekolah tersebut. Dengan rambut hitam yang panjang dan penampilan yang tinggi dan anggun, dia menarik perhatian sesiapa sahaja yang menjumpainya. Hanya ada satu masalah, walaupun dia popular, Komi tidak boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang sekelilingnya.

Hitohito Tadano adalah budak sekolah menengah biasa. Dengan motto hidupnya “membaca situasi dan pastikan untuk menjauhkan diri dari masalah,” dia dengan cepat mendapati bahawa duduk di sebelah Shouko telah menjadikannya musuh semua orang di kelasnya! Suatu hari, secara tidak sengaja, Hitohito terdengar suara “meow” dari Shouko. Dia berbohong bahawa dia tidak mendengar apa-apa, menyebabkan Shouko melarikan diri. Tetapi sebelum dia dapat melarikan diri, Hitohito menjangka bahawa Shouko tidak dapat bercakap dengan orang lain dengan mudah malah tidak mempunyai seorang kawan pun. Hitohito bertekad untuk menolong Shouko membuat seratus kawan sehingga dia dapat mengatasi masalah komunikasinya.

Mieruko-chan

https://youtu.be/UhvruxhmZdE

Miko hanyalah seorang pelajar sekolah menengah biasa tetapi hidupnya menjadi kacau-bilau apabila dia tiba-tiba mula melihat monster yang mengerikan. Walaupun benar-benar ketakutan, Miko meneruskan kehidupan sehariannya, berpura-pura tidak menyedari kengerian yang melingkupinya. Dia harus menahan rasa takut untuk menjaga dirinya dan rakannya Hana dari bahaya. Menggabungkan komedi dan seram, Mieruko-chan menceritakan kisah seorang gadis yang cuba menangani perkara paranormal dengan tidak mengambil peduli terhadapnya.

takt op. Destiny

https://youtu.be/Z77na0_sxcA

Suatu hari meteorit hitam jatuh di dunia, dan mengubah dunia sepenuhnya. Meteorit itu menghasilkan monster aneh yang dipanggil D2 dan mula berleluasa. D2 dengan pantas melarang semua muzik dari dimainkan kerana itu satu-satunya perkara yang dapat mengatasinya. Tetapi ada beberapa orang yang menentang D2. Mereka adalah wanita muda yang memegang kekuatan muzik yang dipanggil “Musicart.” Wanita muda ini memegang “skor” yang mampu mengalahkan raksasa. Dan akan ada juga Konduktor yang memimpin wanita ini.

Anime ini berlaku di Amerika pada tahun 2047, yang hancur kerana D2. Takt, seorang Konduktor, bekerjasama dengan Musicart bernama Unmei. Takt berharap agar muzik dikembalikan ke dunia, dan Unmei ingin menghancurkan D2. Itulah yang membuatkan mereka pergi ke New York.

Digimon Ghost Game

Anime ini berlangsung “pada masa depan,” di mana khabar angin mengenai sesuatu kejadian aneh yang digelar sebagai “hologram hantu” mula muncul dalam talian. Anime ini memfokus pada Hiro, yang dapat melihat Digimon setelah mengaktifkan “Digivice” yang ditinggalkan oleh ayahnya. Bersama pasangan Digimonnya Gammamon, mereka menyiasat fenomena luar biasa yang sedang berlaku di sekeliling, dan perlahan-lahan melangkah ke dunia Digimon.

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation 2nd Season

https://youtu.be/AYDYTVb3W70

Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.

Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya. Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.

Mesti anda tidak sabar lepas lihat senarai anime ni. Bukan biasa-biasa anime musim luruh tahun ni. Anda juga boleh nantikan versi TV untuk Demon Slayer: Mugen Train bulan depan. Untuk membaca liputan kami mengenai anime dan manga, anda boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDemon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District ArcDigimon Ghost GameKomi Can't CommunicateMieruko-chanMushoku Tensei: Jobless Reincarnationtakt op. Destiny
Previous Post

Ryu, Chun-Li & Akuma sertai acara crossover Rockman X DiVE & Street Fighter V!

Next Post

Sony menyaman EUIPO kerana trademark Watch GT Huawei

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sony menyaman EUIPO kerana trademark Watch GT Huawei

Sony menyaman EUIPO kerana trademark Watch GT Huawei

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd