Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Muat turun DRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds di Android & iOS sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2021
in Android, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile
0 0
0
Muat turun DRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds di Android & iOS sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

SQUARE ENIX dan DeNA Co., Ltd., hari ini mengumumkan bahawa DRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds, kini tersedia di seluruh dunia di Android dan iOS. Berdasarkan siri anime terkenal DRAGON QUEST The Adventure of Dai, game ini merupakan spin-off dari siri DRAGON QUEST popular dari SQUARE ENIX dan memperkenalkan gameplay “Team Action RPG” untuk peranti mobile serta sistem pertempuran dinamik dan mekanik RPG yang mendalam.

Sebuah treler baru telah diumumkan sebentar tadi yang memaparkan serba sedikit tentang gameplay dan pilihan customization:

Berikut adalah antara kandungan yang ada kalau korang muat turun game ini sekarang:

Watak Avan dan Hyunckel: Pemain dapat menambahkan watak-watak ini ke pasukan mereka melalui acara yang berbeza.

  • Dalam quest “The Hero Tutor Returns!”, pemain dapat bekerjasama dengan Avan dalam pakaian “Dermline Island” bermula sekarang hingga 27 November 2021.
  • Acara “Action is Virtue: The Solitary Swordsman” akan membolehkan pemain untuk bekerjasama dengan Hyunckel (anak murid kepada Avan) bermula 30 September 2021 hingga 13 Oktober 202. Acara ini menampilkan item 4★ Dark Armour Blade yang membolehkan pemain menggunakan ski istimewa Bloody Scryde.

Launch Celebration Treasure Hunt: Pemain berpeluang mendapatkan peralatan untuk skil istimewa Avan Strash dalam Launch Celebration Treasure Hunt, yang tersedia bermula sekarang hingga 14 Oktober 2021.

Ganjaran Pra-Pendaftaran: Untuk meraikan kejayaan mencapai 1.5 juta pra-pendaftaran, 3,000 gem (cukup untuk 10x Treasure Hunt) akan diagihkan kepada semua pemain.

  • Gem dan barang-barang lain boleh digunakan di Treasure Hunt untuk mendapatkan senjata dan perisai. Beberapa senjata dilengkapi dengan skil atau abiliti istimewa yang diperoleh bersama dengan senjata tersebut.
  • Gem juga dapat digunakan untuk menambah stamina. Hadiah “Terima kasih” sebanyak 3,000 gem juga akan diagihkan kepada semua pemain, yang bermaksud pemain dapat memperoleh hingga 6,000 gem (cukup untuk 20x Treasure Hunt) hanya dengan log masuk.
  • Hadiah ini boleh dituntut dalam masa 30 hari dan boleh didapati dari sekarang hingga 31 Oktober 2021.

Bonus Login Seharian: Untuk meraikan pelancaran permainan, pemain yang log masuk setiap hari pada tujuh hari yang berbeza dari sekarang hingga 14 Oktober 2021 dapat memperoleh hingga 3,000 gem.

Jangan lupa untuk muat turun DRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds sekarang di Android atau iOS. Untuk maklumat lebih lanjut tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds
Publisher: Square Enix
Developer: DeNA
Release Date TBC
Android, iOS
Alami semula legenda The Adventure of Dai dalam RPG penuh aksi baru ini, dibuat semula dan dioptimumkan untuk peranti mudah alih anda. Dengan krisis lain sedang melanda dunia, Dai berjanji kepada mentornya, bertemu dengan rakan baru, dan perlahan-lahan belajar tentang takdirnya yang tidak dapat dielakkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidDRAGON QUEST The Adventure of Dai: A Hero's BondsiOSMobilesquare enix
Previous Post

[Diablo II: Resurrected] Pelbagai yang harus diharungi dengan membawa ke generasi baru. – Temu ramah eksklusif Michael Bukowski dan Rob Gallerani

Next Post

RazerCon akan kembali! Nantikan pelbagai pengumuman oleh Min-Liang Tan dan pelbagai penampilan akan tiba 21 Okt 2021 ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
RazerCon akan kembali! Nantikan pelbagai pengumuman oleh Min-Liang Tan dan pelbagai penampilan akan tiba 21 Okt 2021 ini!

RazerCon akan kembali! Nantikan pelbagai pengumuman oleh Min-Liang Tan dan pelbagai penampilan akan tiba 21 Okt 2021 ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd