Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Dr. Stone akan memasuki babak terakhir tidak lama lagi!

Maira by Maira
September 24, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Dr. Stone akan memasuki babak terakhir tidak lama lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dr. Stone mungkin merupakan siri yang tidak anda fahami pada mulanya, tetapi lama kelamaan ia menjadi salah satu bahan bacaan kegemaran anda. Manga ini telah menjadi hit sejak debutnya pada bulan Mac 2017. Malah adaptasi animenya juga mendapat sambutan tinggi kerana Senku dan rakan-rakannya. Tetapi ada khabar angin yang mengatakan Dr. Stone bakal berakhir tidak lama lagi.

Khabar angin ini muncul dalam talian di lawan Twitter melalui akaun terkenal, WSJ_manga. Di sana, para peminat diberitahu bahawa klimaks untuk kisah Dr. Stone akan datang, tetapi tidak ada berita berapa lama babak terakhir itu akan berlangsung.

Dr. STONE will be starting the Final Arc of the series after resuming in Weekly Shonen Jump Issue #45.

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) September 23, 2021

Menurut berita itu, Dr. Stone akan memasuki babak terakhirnya apabila Weekly Shonen Jump disambung semula dengan edisi seterusnya. Babak itu jelas mengikuti kisah Senku dan rakan-rakannya ketika mereka meneroka dunia yang luas di sekitar mereka. Tetapi apabila musuh datang menyerang mereka, peminat boleh bayangkan perkara-perkara dahsyat yang akan dilalui dalam babak terakhir ini.

Tidak ada berita rasmi yang diberitahu mengenai khabar angin ini, tetapi ini perkara biasa dengan Shonen Jump. Pembaca selalunya akan mengetahui berita ini apabila tajuk itu mengeluarkan edisi seterusnya. Ini bermakna peminat hanya mampu menunggu maklumat selanjutnya, walaupun ramai yang tidak terkejut dengan berita ini. Lagipun Dr. Stone telah berlangsung selama bertahun-tahun dan ceritanya sudah berkembang sejauh ini.

RelatedPosts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

Sesiapa yang tidak tahu apa itu Dr. Stone, ia merupakan manga yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh penulis, Riichiro Inagaki dan artis Boichi. Sehingga kini, manga itu telah mengeluarkan 22 jilid manga dan mempunyai lebih dari 10 juta salinan yang diedarkan. Animenya juga dimulakan pada bulan Julai 2019 dengan bantuan dari TMS Entertainment. Musim ketiga untuk anime Dr. Stone juga sedang dalam pembikinan. Anda boleh membaca siri ini secara percuma di MangaPlus. Berikut adalah sinopsis untuk siri Dr. Stone:

Suatu hari yang ditakdirkan, seluruh manusia telah berubah menjadi batu. Bertahun-tahun kemudian, Taiju telah membebaskan dirinya dari terus membatu dan mendapati dirinya dikelilingi oleh patung-patung batu. Situasinya kelihatan suram sehinggalah dia berjumpa dengan rakannya yang sukakan sains, Senku! Bersama-sama, mereka merancang untuk memulihkan kembali kehidupan mereka dengan kuasa sains!

Jika anda ingin membaca liputan lanjut mengenai manga dan anime, anda boleh klik di sini.

Sumber: comicbook

Tags: animeDr. StonemangaMangaplus
Previous Post

Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered diumumkan untuk Nintendo Switch!

Next Post

Metroid Dread menampilkan gameplay aksi baru & dunia lebih luas!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Metroid Dread menampilkan gameplay aksi baru & dunia lebih luas!

Metroid Dread menampilkan gameplay aksi baru & dunia lebih luas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd