Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Good Smile Company disaman kerana menjual figura yang terlalu seksi & eksplisit!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Good Smile Company disaman kerana menjual figura yang terlalu seksi & eksplisit!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat di sebalik jenama patung terkenal Nendoroid dan Figma, Good Smile Company telah disaman oleh dua bekas eksekutif dan dituduh menganiayai pekerja, mengelak pembayaran cukai dan pengedaran figura anime yang terlalu seksi dan eksplisit.

From "RED:Pride of Eden" comes a Nendoroid the goddess Evante! The Nendoroid comes with various adorable face plates and parts! Fans of the game, be sure to preorder her for your collection!

Preorder: https://t.co/7yYXHKtdiu#redprideofeden #nendoroid #goodsmile pic.twitter.com/Zj2bhQRvnH

— GoodSmile_US (@GoodSmile_US) April 27, 2021
Antara contoh.

Seperti yang dilaporkan oleh Polygon, dua bekas pekerja Good Smile, Guy Brand dan James Young-sik Kim, telah menyaman Good Smile kerana mengedarkan figura watak bawah umur yang terlalu seksi. Figura ini digambarkan oleh Kim dan Brand sebagai watak anime bawah umur yang berada dalam posisi atau pakaian yang terlalu seksual. Mereka juga menyatakan rasa jijik mereka , dan tidak ingin terlibat atau dikaitkan dengan sebarang “aktiviti haram atau tidak bermoral.” Selain isu di atas, Brand dan Kim mendakwa bahawa Good Smile mempunyai amalan perlesenan yang tidak sahih, dan menggunakan sumber untuk membiayai laman web kontroversi 4chan.

From "Fate/Grand Order" comes a 1/7th scale figure of Saber/Katsushika Hokusai! Her gorgeous outfit, four impressive swords and even Toto-sama have all been captured in figure form! Preorders open now!

Feature Page: https://t.co/tNjTUUx3qE#fate #fgo #goodsmile pic.twitter.com/qxucn2SwPt

— GoodSmile_US (@GoodSmile_US) September 17, 2021

Isu ini berlaku setelah Good Smile menyaman Brand dan Kim bersama dengan Grecia Diaz pada tahun 2020 kerana mengusahakan perniagaan kompetitif sendiri (syarikat yang bernama Imaginary People) walaupun masing-masing masih bekerja dengan Good Smile. Mengikut tuntutan asal, kedua-dua bekas eksekutif masih bekerja di Good Smile dan menggunakan hubungan syarikat dengan Netflix untuk menghasilkan produk Stranger Things bagi mengaut keuntungan sendiri. Ini dipercayai oleh Good Smile sebagai pelanggaran kontrak dan tidak lama kemudian, mereka telah dibuang dari kerja.

RelatedPosts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Selepas Brand dan Kim mengeluarkan dakwaan baru, Good Smile membalas dengan pernyataan berikut:

“Kes ini, seperti yang dinyatakan dalam aduan Good Smile’ adalah mengenai salah laku korporat oleh defendan dalam mengeksploitasi aset dan niat baik Good Smile secara tidak wajar untuk kepentingan sendiri seperti yang dijelaskan dalam tuntutan mahkamah. Sebaliknya, maklum balas defendan adalah berdasarkan tuduhan tanpa bukti, palsu dan menyebarkan memfitnah. Good Smile, bagaimanapun, tidak akan memberi komen tentang proses yang sedang berlangsung, dan akan membantah kes ini di mahkamah, dan bukan di media..”

The rerelease of Chara-Ani's Mai Sakurajima: Water Gun Date Ver. scale figure is currently available for preorder! Be sure to preorder her for your collection soon!

Preorder: https://t.co/AnRu6a1aDx
Preorder (US): https://t.co/wHFCDT7Kee#BunnyGirlSenpai #goodsmile pic.twitter.com/QiGlN8vlp4

— GoodSmile_US (@GoodSmile_US) September 17, 2021

Bagi mereka yang tidak tahu, Good Smile Company berasal dari Tokyo, Jepun, dan merupakan syarikat pengeluar patung yang bekerjasama dengan berbagai jenama anime dan game untuk membuat figura dan barang lain. Barisan figura Nendoroid, Pop-Up Parade, dan Figma mereka amat popular di seluruh dunia dan menampilkan watak dari francais popular seperti My Hero Academia, Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba, Super Mario, The Legend of Zelda, Batman, Iron-Man, KonoSuba, Hatsune Miku, Attack pada Titan dan banyak lagi.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Tags: animeFiguraGamingGood Smileseksi
Previous Post

Menjadi “Top Best Selling” di Steam, kini anda boleh jadi tukang isi minyak dalam Gas Station Simulator!

Next Post

Destroy all Humans 2 dan game terbaru SpongeBob telah diumumkan di Showcase THQ Nordic

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Destroy all Humans 2 dan game terbaru SpongeBob telah diumumkan di Showcase THQ Nordic

Destroy all Humans 2 dan game terbaru SpongeBob telah diumumkan di Showcase THQ Nordic

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd