Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Cloud Gardens – Cipta taman bunga di atas awan!

Maira by Maira
September 20, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Indie, PC, Puzzle, Steam
Reading Time: 3 mins read
0 0
0
Review Cloud Gardens – Cipta taman bunga di atas awan!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah teringin tak untuk berkebun di atas awang-awangan. Dengan suasana sunyi yang tenang dan anda boleh berkebun dengan relax. Cloud Gardens mungkin merealisasikan impian tu. Game ini merupakan game puzzle indie yang dibangunkan oleh Noio secara sendirian boleh ia diakses melalui Steam. Sebelum kita mulakan review, mari saya ceritakan sedikit tentang Cloud Gardens.

Tentang Cloud Gardens

Cloud Gardens merupakan game 3D indie yang sangat relax di mana anda menggunakan pelbagai tanaman untuk menjadikan bandar terbiar itu seimbang dengan tanaman organik dan barang buatan manusia. Anda akan mereka satu kawasan unik dengan menggunakan benih tanaman dan menyusun semula barangan terbiar agar tempat itu kelihatan indah dan cantik. Game ini dilancarkan di Steam dan beberapa platform lain Xbox dan itch.io pada 1 September 2021.

Premis Cloud Gardens

Premis Cloud Gardens adalah mudah dan tidak mempunyai sebarang plot. Di sebuah kota terbiar terapung atas awan, anda harus menanam benih tanaman di atas rangkaian struktur bandar seperti kereta atau tiang jalan. Pada awal game, anda akan mendapat item yang sedikit sahaja untuk mengetahui cara untuk menanam tanaman. Benih tersebut akan tumbuh dan membesar di objek-objek yang diberikan.

Matlamat game ini adalah untuk anda membesarkan tanaman anda sehingga mencecah 100%, yang dapat di lihat menggunakan indicator yang tersedia. Stage akan reset jika anda menggunakan semua item tetapi tumbuhan tidak membesar sepenuhnya dan jika berjaya anda akan ke stage seterusnya. Jadi, anda tidak perlu risau tentang menang atau kalah, cuma tumpukan pada tanaman yang anda ingin besarkan.

RelatedPosts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Gameplay

Game ini sangat mudah untuk dikendalikan dan dimainkan. Anda hanya perlu menarik benih ke tempat yang anda ingin tanam dan meletakkan barang di situ. Apabila tanaman sudah tumbuh, ia akan menghasilkan lebih banyak benih untuk ditanam. Kadang-kadang anda akan keliru dengan cara tanaman tersebut tumbuh.

Pada mulanya, saya tertanya jika ada barang tertentu yang dapat membuatkan tanaman tumbuh dengan cara tertentu. Sangkaan saya salah apabila tanaman tumbuh dengan cara berbeza walaupun menggunakan barang yang sama. Cloud Gardens merupakan game puzzle, jadi anda perlu fikir bagaimana anda akan membesarkan tanaman dalam stage itu.

Mod Kreatif

Kempen utama Cloud Gardens agak singkat kerana anda mampu menghabiskannya antara 1 – 2 jam. Jangan bimbang kerana game ini mempunyai mod kreatif. Dalam mod ini, anda akan diberikan katalog objek untuk menumbuhkan tanaman anda. Untuk unlock lebih banyak objek dan benih di mod ini, anda perlu selesaikan kempen utama. Jadi anda dapat membina taman impian dengan pilihan barang yang lebih banyak.

Taman yang anda buat boleh dikongsikan dalam talian untuk dilihat dalam komuniti Cloud Gardens. Anda akan melihat banyak taman yang cantik dan kreatif hasil ciptaan komuniti game ini. Jadi tunjukkan bakat kreativiti anda dalam membina taman impian anda.

Visual dan Audio

Game ini mempunyai muzik tenang seperti anda membuka muzik Io-fi sambil berkebun. Ditambah dengan ciri grafik 3D yang minimalis, ia menjadikan estetika bandar ini berbeza dengan bandar terbiar yang suram dan gelap dalam game yang lain. Suasana bandar yang tenang dan aman juga membantu kita semasa bermain malah mengingatkan kita semasa berada di spa atau taman zen.

Sumber: Komuniti Cloud Gardens

Kesimpulan

Cloud Gardens merupakan game puzzle yang santai, di mana anda membuat taman kecil di tanah terbiar. Visual dan muziknya yang minimalis sangat berkesan dalam menyampai rasa tenang semasa bermain. Ada beberapa kekurangan dari segi mekanik game yang tidak jelas dan jangka masa bermain yang singkat.

Sumber: Komuniti Cloud Gardens

Itu sahaja review kami mengenai Cloud Gardens. Kepada sesiapa yang ingin mencuba game ini boleh pergi ke laman Steam dan membelinya dengan harga RM 36. Ianya sesuai untuk sesiapa yang ingin bermain permainan kasual dan menenangkan sambil membina taman indah yang mereka inginkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Cloud Gardens

7 Score

Cloud Gardens merupakan game kasual yang menenangkan dan boleh meningkatkan kreativiti anda dalam cubaan membuat kebun tanaman di awang-awangan.

Review Breakdown

  • Cloud Gardens sangat relax dan kasual untuk dimainkan. 0
Tags: Casual GameCloud GardensNoioPCPuzzle gameReview Game
Previous Post

MDEC Lancar Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF), Meraikan Acara Terbaik di Asia Tenggara dalam Industri Kandungan Kreatif Digital

Next Post

[Review] Vroom Vroom! Jom layan Corner dengan RiMS Racing!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
[Review] Vroom Vroom! Jom layan Corner dengan RiMS Racing!

[Review] Vroom Vroom! Jom layan Corner dengan RiMS Racing!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd