“Azur Lane 4th Anniversary Live Stream” telah berlangsung semalam dengan pelbagai pendedahan termasuk projek permainan spin-off baru yang diilhamkan oleh permainan telefon pintar Azur Lane Shanghai Manjuu dan Xiamen Yongshi akan dilancarkan. Pengumuman menggambarkan permainan spin-off sebagai “permainan konsumer” – klasifikasi Jepun untuk permainan untuk konsol atau sistem permainan mudah alih, berbanding PC atau telefon. Lebih menarik selain spin-off itu, mereka turut mengongsikan kolaborasi bersama SSS.Gridman/Dynazenon. Selain itu terdapat banyak lagi pengumuman termasuk Anime baru siri ini.
Anime baru akan tiba!
Pertama sekali, kita mendapat treler anime baru yang memperlihatkan banyak waifu yang digemari peminat. Bercakap tentang anime, siri anime yang diilhami oleh manga Azur Lane: Queen’s Orders jug sedang dalam produksi. Ini akan menjadi siri anime ketiga yang diadaptasi oleh permainan, jika anda memerlukan lebih banyak bukti mengenai popularitinya yang sangat besar di Jepun.
“Kisah kehidupan seharian slapstick” berpusat di sekitar watak tsundere Queen Elizabeth dan rakan sekolahnya Warspite (“Grand Old Lady”). Tsuchii melancarkan manga spinoff Shanghai Manjuu dan permainan telefon pintar Azur Lane Xiamen Yongshi ini dalam edisi Disember 2018 majalah Ichijinsha’s Monthly Comic Rex pada 26 Oktober 2018. Ichijinsha menerbitkan jilid buku terkumpul keempat pada 26 Ogos.
Acara baru di Azur Lane: Crosswave

Nampaknya acara utama seterusnya yang berjudul “Upon the Shimmering Blue” akan memberi tumpuan tepat pada Sakura Empire. Akhirnya akan membawa shipgirl kedua dari Azur Lane: Crosswave -Shimakaze (disuarakan oleh Saori Hayami), akan menjadi Ultra Rare.

Ini adalah senarai shipgirls terbaru:
- Destroyer Yamakaze
- Destroyer Umikaze
- Light Cruiser Yura
- Heavy Cruiser Chikuma
- Carrier Katsuragi
- Destroyer Shimakaze
Sudah semestinya banyak lagi skin juga akan ditawarkan seperti biasa, termasuk skin Live2D untuk Le Malin dan Shimakaze. Kedua-dua skin Katsuragi juga tersedia disewa. Lebih banyak skin “Party Series” juga akan diperkenalkan pada 23 September dan skin Wedding turut akan tersedia untuk York, Noshiro dan Taihou serta Yuudachi akan menerima Retrofit Ultra Rare. Selain itu tahap level shipgirls juga akan dinaikkan kepada 125 dan satu shipgirl misteri telah diberi teased.

Dalam kemaskini ini juga, Misi bermusim dan pas musim akan ditambahkan, dan mereka yang mendapatkannya akan menerima skin untuk Yorktown.
SSSS. GRIDMAN dan SSSS.Dynazenon kolaborasi baru!

Acara crossover baru dengan kolaborasi SSSS. GRIDMAN dan SSSS.Dynazenon telah didedahkan tetapi mereka tidak mendedahkan sepenuhnya dan hanya menyatakan “Akan Datang”, kita juga dapat mengetahui bahawa Compile Heart (penaju game Jepun) yang sedang mengusahakan permainan konsol spin-off Azur Lane baru setelah Azur Lane: Crosswave ini. Agaknya game macam mana yang akan Azur Lane tiba ye?
Jadi itu antara yang menarik dalam sesi siaran langsung Azur Lane 4th Anniversary Live Stream itu. Banyak yang menanti peminat permainan mobile ini. Tapi yang paling penting kami menantikan kolaborasi terbaru itu nanti!
Sumber: Siaran streaming Azur Lane; Anime News Network
@gamersantaimy
Discussion about this post