Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Watch Dogs: Legion percuma pada hujung minggu ini di PlayStation & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, PS4, PS5, Ubisoft Connect
0 0
0
Watch Dogs: Legion percuma pada hujung minggu ini di PlayStation & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft mengumumkan bahawa Watch Dogs: Legion akan menawarkan “free-to-play weekend trial” atau sesi hujung minggu percuma bermula 3 September (hari ini sepatutnya). Tawaran tersebut akan tersedia di platform PS4, PS5, dan PC melalui Ubisoft Store, dan Epic Games Store dan buat masa ini, korang boleh pre-load dahulu Watch Dogs: Legion sebelum acara bermula.Sebelum acara tamat pada 5 September, segala progress yang korang buat semasa bermain di sesi hujung minggu percuma akan diteruskan ke permainan penuh jika ada yang berminat untuk membuat pembelian penuh.

Play Watch Dogs: Legion for free from September 3-5. Reclaim your future and take back London! Pre-load is available now.

— Watch Dogs: Legion (@watchdogsgame) September 1, 2021

Sempena itu, pelbagai promosi dan penjualan akan tersedia semasa acara, termasuk potongan harga pada permainan penuh dan Season Pass:

1. PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store: diskaun 60% dari edisi Standard, Deluxe, Gold, dan Ultimate, dan potongan 25% untuk Season Pass.

2. PlayStation 5 dan PlayStation 4: Diskaun 55% untuk edisi Deluxe dan 50% untuk edisi Gold.

Malangnya, promosi dan sesi hujung minggu percuma tidak disediakan untuk pengguna Xbox.

RelatedPosts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

Baru-baru ini, acara crossover Watch Dogs: Legion dan Assassin’s Creed menampilkan Darcy dari anggota Brotherhood pada 24 Ogos 2021 nanti. Pada masa yang sama, Watch Dogs: Legion telah melancarkan DLC Bloodline baru, yang korang boleh membaca ulasan pendek kami menggunakan pautan ini.

Pemain boleh mengakses expansion Watch Dogs: Legion – Bloodline melalui Season Pass (RM39.90), yang tersedia sekarang atau sebagai sebahagian daripada Watch Dogs: Legion edisi Gold dan Ultimate. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Watch Dogs: legion, korang juga boleh klik di sini.

Sumber – Ubisoft

Tags: FreePCPS4ps5Watch Dogs: Legion
Previous Post

Sempena 25 tahun ulangtahun francais, siri animasi terbaru Pokémon Evolutions akan datang!

Next Post

Peta, Mod dan Banyak Lagi dalam Open Beta Call of Duty: Vanguard Beta didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Peta, Mod dan Banyak Lagi dalam Open Beta Call of Duty: Vanguard Beta didedahkan!

Peta, Mod dan Banyak Lagi dalam Open Beta Call of Duty: Vanguard Beta didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd