Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beberapa studio anime dilaporkan ditutup kerana COVID-19!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Beberapa studio anime dilaporkan ditutup kerana COVID-19!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, beberapa veteran profesional dalam industri anime termasuk pengarah Takashi Watanabe (Slayers, Shakugan no Shana) dan seorang juruanimasi yang telah bekerja di My Hero Academia telah melaporkan bahawa beberapa studio anime di Tokyo terpaksa ditutup kerana jangkitan COVID -19.

Watanabe melaporkan bahawa dia telah mendengar berita bahawa “sekurang-kurangnya satu studio telah ditutup kerana kluster [jangkitan COVID].” Malangnya, studio tersebut tidak dinamakan dan mengeluarkan perintah kepada kakitangan supaya menyembunyikan isu ini dan tidak membincangkan tentangnya secara terbuka. Watanabe juga risau dia terlalu “dekat” dengan jangkitan dan menjelaskan bahawa industri anime “kini dalam situasi yang berbahaya.” Berikut adalah dua posting Twitter dari beliau:

アニメ就労者からも死者が続出しないとわからないのか。
個人事業主が多いから自己責任というわけか?
会社は無関係なのか。

— 渡部高志 (@TkashiWatanabe) August 17, 2021

“Terdapat perintah yang dikeluarkan, tetapi saya pernah mendengar sekurang-kurangnya satu studio yang ditutup kerana kluster [jangkitan COVID]. Saya pasti ada lain di luar sana, tetapi maklumatnya tidak didedahkan. Saya tidak tahu bila saya akan dekat kepada jangkitan. Kami dalam situasi yang berbahaya. Mengapa industri animasi tidak ditutup? Saya sedar bahawa keputusan ini tidak boleh dibuat di peringkat produser atau produksi.”

“Adakah kita perlu kehilangan lebih banyak pekerja dalam industri animasi untuk melihat perubahan? Sebilangan besar dari mereka adalah pemilik perniagaan, jadi adakah ia tanggungjawab mereka? Adakah syarikat itu relevan? “

Selain itu, seorang juruanimasi dengan @ yamaaan222 melaporkan bahawa “lima studio anime berbeza” telah ditutup kerana jangkitan COVID-19, tetapi sekali lagi tidak menyebutkan nama untuk mana-mana studio. Dia juga tertanya jika arahan ini adalah disebabkan oleh kluster yang terbentuk di studio atau sebab lain-lain.

https://twitter.com/yamaaan222/status/1427944417973784579

“Saya tidak tahu sama ada kerana kluster atau tidak, tetapi saya pernah mendengar cerita mengenai beberapa studio yang telah menjalani ujian positif bagi COVID atau telah ditutup [kerana jangkitan] … Saya pasti ada lebih banyak lagi, tetapi buat masa ini saya hanya tahu lima studio berbeza.”

Seorang pereka memberi respon kepada posting Watanabe dan mengatakan bahawa ada “dua syarikat” yang dia tahu melakukan perkara sama, lantas membuktikan yang isu ini bukan sahaja mempengaruhi industri anime, malah memberi impak besar kepada seluruh perniagaan di Jepun.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

デザイン業界もそうなんじゃないかな。自分も知ってる会社2つぐらいあるし。 https://t.co/B1BcxxqHnx

— 仮面ライダー英鬼 (@hideono4000gt) August 18, 2021

“Saya rasa industri reka bentuk pun adalah sama. Ada dua syarikat yang saya tahu seperti ini.”

Apa pendapat anda? Kemungkinan besar episod terbaru untuk anime kegemaran kita pun akan ditunda. Anime mana yang anda paling takut ditunda? Jom kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasianimeJepun
Previous Post

PREMIUM BANDAI secara rasmi tiba di Malaysia malalui Shopee dengan pelbagai koleksi eksklusif untuk dimiliki bermula 26 Ogos ini!

Next Post

Pra-daftar The Lord of the Rings: Rise to War sekarang di Android & iOS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pra-daftar The Lord of the Rings: Rise to War sekarang di Android & iOS!

Pra-daftar The Lord of the Rings: Rise to War sekarang di Android & iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd