Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tak sampai 1 minit, pra-pesanan terbaru PS5 di Malaysia sudah tiada stok!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
Tak sampai 1 minit, pra-pesanan terbaru PS5 di Malaysia sudah tiada stok!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Malaysia telah membuka pra-pesanan baru untuk PlayStation 5 (PS5) hari ini, dan nampaknya ia masih tiada stok. Saya tidak perlu menjelaskan lagi, tetapi sudah tentu ia mengundang kemarahan para netizen. Bagi mereka yang tidak tahu, proses membeli PlayStation 5 menggunakan sistem giliran dan ini merupakan sistem yang paling adil, kerana tidak mengutamakan mana-mana pembeli spesifik. Tidak kira betapa cepatnya anda atau teknik apa yang digunakan atau jika anda seorang scalper yang menggunakan bot, tidak ada sesiapa yang diutamakan. Jadi apa yang berlaku hari ini? Seperti mana-mana pra-pesanan dahulu, PS5 masih tiada stok di Malaysia kerana ia akan diberi kepada mereka yang sudah lama membuat pra-pesanan.

Berikut adalah butiran dari posting FB Sony Malaysia:

Kami sukacita mengumumkan bahawa pra-pesanan untuk PlayStation®5 secara rasmi akan bermula dari Jumaat, 20 Ogos 2021 dan seterusnya! Hubungi rakan pengedar & pelantar penjualan kami untuk membuat pra-pesanan. Konsol PS5 akan tersedia pada RSP: MYR 2,299 manakala konsol PS5 dengan alat kawalan wayarles DualSense™ tambahan akan tersedia pada RSP: MYR 2,648.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

 

Berikut adalah antara komen di posting tersebut:

“Saya buka dalam masa 4 minit selepas posting ini dan sudah habis dijual.”

“Baru umumkan, dah habis jual? Nampak sangat nipu. Buat malu jenama Sony saja.”

“Pra-pesanan = tiada stok.”

Netizen Malaysia.

Saya tahu ramai peminat PlayStation telah menunggu hampir setahun untuk mendapatkan PS5, dan hari ini mungkin boleh menjadi peluang mereka untuk akhirnya mendapat satu unit. Akhir sekali, semuanya ‘sold out’ atau kehabisan stok. Saya pun faham kenapa anda semua marah. Malangnya, bagi semua orang yang kecewa, Sony Malaysia tidak memberitahu bila mereka akan membuka tarikh pra-pesanan seterusnya untuk PS5. Walaupun anda berjaya membuat tempahan, kemungkinan besar anda masih perlu menunggu untuk bermain PS5 kerana permintaannya yang tinggi walaupun stok amat terhad.

Selain daripada laman web rasmi Sony, ia tidak jelas jika kedai lain juga mempunyai stok atau tidak. Jika anda ingin kepastian lebih, sila berjumpa dengan semua pengedar sah Sony seperti Impulse Gaming, Heavy Arm, dan lain-lain untuk maklumat lanjut tentang pra-pesanan PlayStation 5 ini! Jika anda ingin membaca semua liputan kami tentang PS5 termasuk berita terkini dan ulasan, sila klik di pautan ini.

Sumber – Sony Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysiaplaystation 5pra-pesananps5Sony
Previous Post

Penjualan Manga Tokyo Revengers melonjak naik lebih dari rekod Attack on Titan!!

Next Post

Jawapan sebenar kenapa Nezuko-chan dari Demon Slayer selalu gigit buluh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jawapan sebenar kenapa Nezuko-chan dari Demon Slayer selalu gigit buluh!

Jawapan sebenar kenapa Nezuko-chan dari Demon Slayer selalu gigit buluh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd