Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kulve Taroth dan 2 Monstie baru kini tersedia di update Monster Hunter Stories 2!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 5, 2021
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Genre, JPRG, Nintendo Switch, PC, Platform, Steam
0 0
0
Kulve Taroth dan 2 Monstie baru kini tersedia di update Monster Hunter Stories 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemaskini kedua untuk Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin telah pun tiba! Kali ini anda diperkenalkan dengan Elder Dragon Kulve Taroth, iaitu Monster baru untuk diburu, dan dua lagi Monstie baru. Patch ini boleh dimuat turun secara percuma di Nintendo Switch serta PC, dan anda boleh melawan Monster tersebut dalam Co-Op Expedition Quest.

Untuk patch 1.2.0 ini, Capcom telah menambah Monster eksklusif baru yang dikenali sebagai Kulve Taroth. Bagi mereka yang tidak tahu, Kulve Taroth adalah Monster yang dilindungi oleh lapisan emas hampir di seluruh tubuhnya. Ada yang mengatakan emas pada badannya dikatakan berasal dari senjata hunter yang pernah cuba untuk membunuh Kulve Taroth suatu masa dahulu.

Walau bagaimanapun, Kulve Taroth tidak boleh menjadi Monstie di dalam game ini, tetapi anda masih boleh mendapatkan material rare darinya untuk membuat peralatan baru yang sangat kuat. Dalam patch ini juga, anda bukan sahaja akan bermain menewaskan Kulve Taroth, malah dapat mencuba tiga misi 8-star baru yang boleh dimainkan. Antara misi 8-star baru adalah Goddess of Gold, Fire Eggs dan Thunder Eggs. Sebagai tambahan, terdapat sub-quest 4-star baru bertajuk “Dealin’ for Dunkers” diperkenalkan dalam kemaskini ini.

  • Hellblade Glavenus

Tambahan pula, dalam patch ini juga anda akan menerima 2 Monstie baru yang boleh anda dapatkan di Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin. Antara Monstie yang tersedia adalah Hellblade Glavenus yang boleh mencairkan batu keras dan membelah gunung menggunakan pedang pada ekornya. Dengan menjadikannya sebagai Monstie anda, ia akan memberikan XX Blaze Kinship Skill yang boleh digunakan ketika bertarung nanti. Manakala Monstie lagi satu adalah Boltreavor Astalos yang mampu menghasilkan sfera elektromagnetik untuk memerangkap mangsanya. Apabila dijadikan sebagai teman Monstie, anda dapat menggunakan Astalos Saber Kinship Skill

Boltreavor Astalos

Capcom mempunyai tiga lagi kemas kini untuk Monster Hunter Stories 2 yang dirancang hingga ‘musim luruh’ selepas Title Update 2 ini. Title Update 3 akan dilancarkan pada awal September, Title Update 4 akan menyusul tidak lama selepas itu dan Title Update 5 akan dikeluarkan pada bulan Oktober. Anda juga boleh membaca maklumat lebih lanjut roadmap Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruins dan segala yang berkaitan dengan game di pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin
Release Date: 2021-07-09
Nintendo Switch, Steam
Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin adalah permainan video main peranan yang akan datang yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch dan Microsoft Windows. Ini adalah gelaran spin-off dalam siri Monster Hunter dan sekuel Monster Hunter Stories. Permainan ini dijadualkan dilancarkan di seluruh dunia pada 9 Julai 2021.
Tags: CapcomDLC BaruMonster Hunter Stories 2: Wings of Ruinnintendo switchPC
Previous Post

Ghost of Tsushima: Legends mendapat pelepasan mandiri dan mod Rivals PvP!

Next Post

Masa Terhad! Ghostrunner diskaun 50% di Steam hari ini sahaja!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Next Post
Masa Terhad! Ghostrunner diskaun 50% di Steam hari ini sahaja!

Masa Terhad! Ghostrunner diskaun 50% di Steam hari ini sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd