Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG PC & konsol mungkin pergi ke arah Free-To-Play!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
PUBG PC & konsol mungkin pergi ke arah Free-To-Play!
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG atau nama penuhnya PlayerUnknown’s Battlegrounds mempunyai khabar angin bahawa permainan akan menjadi free-to-play pada masa akan datang. Dilancarkan pada tahun 2017, ia dikenali sebagai antara permainan popular dalam genre battle royale pertama tetapi makin lama, popularitinya menurun selepas munculnya Fortnite dan Call of Duty: Warzone. Walau bagaimanapun, pihak pemaju di Krafton dan PUBG Corp nampaknya akan beralih ke sistem free-to-play untuk menjaminkan masa depan permainan. Itupun kalau khabar angin ini boleh dipercayai.

https://twitter.com/PlayerIGN/status/1418897430859460613

Khabar angin ini berasal dari PlayerIGN, yang kebetulan merupakan salah satu ‘insider’ yang paling terkenal tentang semua perkara yang berkaitan dengan permainan ‘multiplayer shooter’. Menurut PlayerIGN, pihak pemaju PUBG ingin menjadikan permainan itu percuma untuk dimainkan, tetapi masih ada keraguan jika sistem ini dapat dilaksanakan atau tidak. Menurut laporan, PUBG akan menjadi percuma untuk masa yang terhad pada bulan Ogos ini untuk melihat jika ia memberi manfaat kepada permainan. Dari situ, pasukan yang bekerja di PUBG akan memantau maklum balas pemain dan memutuskan jika sistem ini boleh dilaksanakan secara kekal demi masa depan.

PlayerIGN juga menyatakan bahawa PUBG sebenarnya sudah lama ingin berpindah ke sistem percuma sejak beberapa tahun lepas. Mereka ingin beralih ke format ini pada tahun 2019, tetapi tindak balas pemain dianggap bahawa ia adalah langkah yang tidak sesuai buat masa itu.

Secara keseluruhan, saya faham kenapa mereka ingin membuatkan PUBG percuma untuk dimainkan. Seperti yang saya sebutkan di atas, persaingan yang ketat Fortnite dan Warzone (kedua-dua nya percuma untuk dimuat turun) membuatkan ramai rasa permainan sukar untuk diakses. Sekiranya PUBG ingin kekal relevan dan menarik jumlah pemain yang lebih ramai, sistem perniagaan ini nampaknya menjadi keputusan yang bijak.

Sekiranya PUBG menjadi free-to-play, adakah anda akan mencuba permainan ini? Kongsikan pendapat anda sekarang di ruang komen.

Sumber – Twitter@PlayerIGN

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Tags: free to playKonsolKRAFTONPCpubg
Previous Post

Siri live-action Pokemon kini dalam pembikinan oleh Netflix!

Next Post

DLC baru Assassin’s Creed Valhalla: The Siege of Paris akan tiba pada 12 Ogos ini bersama acara Sigrblot Season!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
DLC baru Assassin’s Creed Valhalla: The Siege of Paris akan tiba pada 12 Ogos ini bersama acara Sigrblot Season!

DLC baru Assassin's Creed Valhalla: The Siege of Paris akan tiba pada 12 Ogos ini bersama acara Sigrblot Season!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd