Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri live-action Pokemon kini dalam pembikinan oleh Netflix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri live-action Pokemon kini dalam pembikinan oleh Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat laporan bahawa siri live-action Pokemon oleh Netflix sedang dalam pembikinan. Hanya seorang sahaja yang sah terlibat dengan produksi buat masa ini. Joe Henderson (merupakan produser eksekutif dan penulis untuk siri Lucifer, Graceland, dan White Collar) juga akan bertugas sebagai penulis dan produser eksekutif di siri live-action Pokemon dari Netflix.

Bagi mereka yang tidak tahu, Netflix sudah mempunyai pelbagai rancangan Pokemon. Sebagai contoh, musim ke-24 dalam francais anime iaitu Pokémon Master Journeys: The Series akan membuat tayangan perdana secara eksklusif di Netflix pada 10 September. 12 episod pertama akan debut pada hari yang sama, dan episod kemudian akan ditambah beransur-ansur. Musim sebelumnya, Pokémon Journeys: The Series, telah ditayangkan di Jepun pada bulan November 2019. 12 episod pertama untuk anime tersebut membuat debut di Netflix Amerika Syarikat pada bulan Jun 2020.

Hanya satu sahaja produksi live-action Pokemon yang dibuat setakat ini iaitu filem live-action Pokemon Detective Pikachu oleh Rob Letterman yang keluar pada Mei 2019. Filem ini dibintangi oleh Justice Smith sebagai watak utama Tim Goodman dan Ryan Reynolds sebagai Detective Pikachu. Letterman merupakan pengarah untuk filem ini, manakala skrip dihasilkan oleh Nicole Perlman dan Letterman. Sebuah sekuel juga dilaporkan telah dipersetujui tapi kami tiada maklumat lanjut selain itu.

Siri rancangan live-action Netflix Pokemon nampaknya sedang dalam pembikinan. Kita masih belum ada pengesahan atau tarikh pelancaran rasmi dari Netflix mengenai siri ini tetapi saya berharap ia sama hebat seperti movie Detective Pikachu. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Sumber – Variety

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animelive actionnetflixpokemonsiri
Previous Post

Mecha paling kuat dalam sejarah anime selain dari Gundam!

Next Post

PUBG PC & konsol mungkin pergi ke arah Free-To-Play!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PUBG PC & konsol mungkin pergi ke arah Free-To-Play!

PUBG PC & konsol mungkin pergi ke arah Free-To-Play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd