Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EA Play 21] Lost in Random akan dilancarkan 10 September, trailer gameplay didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Origin, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[EA Play 21] Lost in Random akan dilancarkan 10 September, trailer gameplay didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh penerbit Electronic Arts dan pemaju Zoink Games, permainan action adventure Lost in Random yang diilhamkan oleh kisah dongeng dengan sedikit campuran gothic akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam and Origin pada 10 September. Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan bersama trailer gameplay baru:

Diperintah oleh ratu yang jahat, Kingdom of Random terbahagi kepada enam alam gelap di mana kehidupan ditentukan oleh sebuah dadu hitam yang dijampi. Kita akan bermain sebagai Even, dan harus meneroka setiap alam ini, serta bertemu dengan penduduknya yang tidak dapat diramalkan demi menyelamatkan adiknya, Odd, dari cengkaman jahat ratu tersebut. Even akan ditemani oleh Dicey, sejenis dadu kecil yang pelik, dan bersama, mereka akan membongkarkan sebuah kisah klasik dengan mesej moden yang biasanya tidak diterokai dalam mana-mana permainan. ‘Random’ atau rawak bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti atau terkawal, tetapi merupakan kekuatan yang dapat dimanfaatkan.

Peraturan rawak mempengaruhi kehidupan di Kingdom of Random, dan prinsip ini sebenarnya sebati dalam gameplay inovatif Lost in Random. Syiling yang dikumpulkan membolehkan Even belajar serangan baru, kebolehan baru dan banyak lagi. Semuanya berguna semasa pertempuran taktik yang unik. Pemain akan menggunakan lastik untuk menyerang musuh yang menjatuhkan kiub tenaga untuk diberi kepada Dicey. Jika Dicey menyerapkan tenaga yang cukup, Even dapat menggunakan Dicey untuk membekukan masa dan melancarkan sihir yang kuat. Pemain perlu menyesuaikan strategi pertempuran dengan cepat dalam arena permainan papan yang sentiasa berkembang untuk menentang nasib dan benar-benar memanfaatkan kekuatan ‘rawak’.

Sekali lagi saya ingatkan. Lost in Random akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam and Origin pada 10 September. Untuk segala liputan kami tentang EA Play Live 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – EA

Tags: EA Play Live 2021Electronic ArtsLost in RandomZoink Games
Previous Post

[EA Play 21] Trailer baru Apex Legends: Emergence mendedahkan hero baru Seer yang bakal tiba 3 Ogos ini!

Next Post

[EA Play 21] Knockout City Season 2 bakal tiba dengan tema “Fight at the Movies” pada 27 Julai ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
[EA Play 21] Knockout City Season 2 bakal tiba dengan tema “Fight at the Movies” pada 27 Julai ini!

[EA Play 21] Knockout City Season 2 bakal tiba dengan tema "Fight at the Movies" pada 27 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd