Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer baru Ghost of Tsushima Director’s Cut mendedahkan pengembangan cerita Jin di Iki Island!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 22, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fighting, Genre, Platform, PS4, PS5, Real time strategy
0 0
0
Trailer baru Ghost of Tsushima Director’s Cut mendedahkan pengembangan cerita Jin di Iki Island!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal Julai yang lalu, Sony telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan kemaskini baru Ghost of Tsushima Director’s Cut untuk pemain PlayStation 5 dan PlayStation 4. Kemaskini tersebut mengandungi pengembangan cerita game di Iki Island dan ianya akan dilancarkan pada 20 Ogos tahun ini. Kini, Sony telah berkongsi video trailer Iki Island yang menampilkan pelbagai perkara baru di pengembangan ini! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Patrick Downs dari Sucker Punch Production telah berkongsi maklumat mengenai kisah baru ini di blog PlayStation, beliau menyatakan bahawa pemain bakal melakukan pengembaran baru bersama Jin Sakai di lokasi yang akan diterokai, bertemu watak baru dan menyelesaikan kisah di Iki Island! Pulau yang terletak di sebelah tenggara Tsushima ini telah diserang oleh orang Mongol, dan Jin perlu menewaskan pemimpin mereka, iaitu seorang dukun yang hebat bernama Ankhsar Khatun atau “The Eagle”. Dia bukan sahaja mampu menakluk jajahan, malah Ankhsar Khatun bakal menjadi musuh luar biasa yang tidak pernah Jin hadapi sebelum ini.

Bagi menghentikan ancaman dari Ankhsar Khatun dan orang Mongol, Jin perlu kembali semula ke Iki Island untuk menghilangkan ketakutan dan trauma lamanya. Dengan kepulangan Jin ke Iki Island, dia akan mempelajari lebih banyak tentang sejarah gelap yang menghantui klan Sakai selama ini.

Selain itu, Sucker Punch mendedahkan bahawa versi Iki Island mereka memberikan kontra yang berbeza dengan Tsushima. Mereka menyatakan pulau ini adalah tanah liar yang tidak memiliki peraturan untuk penjenayah, serta diliputi oleh kenangan perang, dan tiada samurai yang berkuasa selama beberapa dekad. Dalam Ghost of Tsushima Director’s Cut ini, Jin perlu berusaha untuk mendalami dirinya sendiri.

Tambahan pula, sepanjang pengembaraan di Iki Island ini Jin akan berhadapan dengan lanun, penyeludup, biksu gila dan gua berhantu. Jin juga dapat mengetahui kisah legenda dan mempelajari teknik baru yang akan digunakan bagi menentang musuh  di pulau ini. Anda juga bakal melihat keakraban, emosional dan kisah peribadi mengenai mereka yang berjuang untuk melepaskan kebencian lamanya dan bertahan dari peperangan.

Ghost of Tsushima Director’s Cut akan dilancarkan untuk seluruh negara Asia Tenggara, dan pemain dari Malaysia boleh mendapatkannya dengan harga RM299 bagi versi PS5, dan RM249 di versi PS4! Anda boleh membuat pra-pesanan secara digital di PlayStation Store, atau membeli versi fizikal di mana-mana pengedar sah Sony.

Bagi pemain yang membuat pra-pesanan dengan pengedar yang mengambil bahagian untuk acara ini, anda boleh menebus soundtrack mini digital bersama beberapa trek lain dari Ghost of Tsushima asal. Anda juga bakal menerima dua lagu baru dari Iki Island, sebuah art book digital yang menampilkan beberapa seni dari game Ghost of Tsushima, beserta 10 keping concept art Iki Island.

Pembeli pra-pesanan dari PS Store sebelum pelancaran juga akan mendapat akses untuk memuat turun Ghost of Tsushima. Jadi anda boleh menikmati game utama lebih awal dan menghantar progress gameplay ke Director’s Cut yang akan dilancarkan pada bulan Ogos ini!

Ghost of Tsushima Director’s Cut bakal tersedia pada 20 Ogos ini dan boleh didapatkan dengan harga RM299 untuk versi PS5 serta RM249 bagi versi PS4. Untuk membaca lebih banyak lagi liputan kami mengenai Ghost of Tsushima, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Muat turun di sini
Ghost of Tsushima
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Sucker Punch
Release Date: 2020-07-17
PlayStation 4, PlayStation 5
Ghost of Tsushima ialah game open-world samurai action daripada developer Sucker Punch. Dengan Tsushima di ambang kemusnahan, Jin Sakai mesti mengorbankan segala-galanya untuk menewaskan penjajah Mongol yang kejam dan melindungi orangnya. Ketika dia memulakan pengembaraan epik untuk membebaskan Tsushima, dia terpaksa mengetepikan tradisi samurai dan berubah menjadi pahlawan baru.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ghost of Tsushima Director's CutplaystationSony
Previous Post

[Review] Reka bentuk nampak biasa, tetapi padu, Itulah dia MSI Katana GF66!

Next Post

Pengembaraan baru di Teyvat, Version 2.0 Genshin Impact kini bermula!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pengembaraan baru di Teyvat, Version 2.0 Genshin Impact kini bermula!

Pengembaraan baru di Teyvat, Version 2.0 Genshin Impact kini bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd