Baru-baru ini, Konami Digital Entertainment Limited telah mendedahkan tiga tajuk digital baru Yu-Gi-OH! menarik dan sebuah dunia baru untuk Yu-Gi-Oh! LINK DUEL! Dalam strim khas langsung acara digital, Konami telah melancarkan Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL dan Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL ketika ia diumumkan pertama kali. Malah, mereka turut mengumumkan mengenai Yu-Gi-Oh! RUSH DUEL yang sedang dalam pembangunan dan akan dilancarkan di Amerika serta Eropah pada musim luruh untuk pengguna Nintendo Switch.
Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL membolehkan pemain lama dan baru menikmati dunia Yu-Gi-Oh! dalam bentuk digital dan mereka dapat bersaing dalam Duel yang menyeronokkan. Tidak seperti tajuk Yu-Gi-Oh! lain, yang pernah ditampilkan dalam manga dan anime, game ini diletakkan sepenuhnya di sekitar Yu-Gi-Oh! OCG, serta menjadi versi Yu-Gi-Oh! paling lengkap.
Game ini bakal dilancarkan secara global untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Steam, iOS dan Android. Malah, buat pertama kali dalam francais Yu-Gi-Oh!, game ini menampilkan ciri grafik 4K yang hebat pada peranti yang disokong. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi game ini.
Selain itu, Konami turut menyatakan Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL bakal mengubah permainan ini dengan aksi Dueling empat pemain. Mereka akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai game yang dirancang untuk pemain mobile akan datang.
Tambahan pula, mereka mengumumkan bahawa game Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS yang tersedia di PC dan mobile telah berjaya mencapai 140 juta muat turun dari seluruh dunia. Mengikut rekod juga, pemain Duelist mereka telah mengumpul lebih dari 65 bilion kad dan sebanyak 6 bilion pertempuran Duel telah berlangsung. Malah, Konami menyatakan bahawa pemain bakal menerima mod Yu-Gi-Oh! ARC-V World yang akan tiba tidak lama lagi.
Hari ini, Yu-Gi-Oh! OFFICIAL CARD GAME telah tersedia di seluruh dunia, bersama produk yang diedarkan pada lebih 80 negara dan 9 bahasa untuk dinikmati oleh peminat dari semua peringkat umur. Untuk mengikuti segala maklumat terkini produk Yu-Gi-Oh, anda boleh layari laman rasmi, Facebook dan Youtube mereka di pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post