Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] In Sound Mind alami pengalaman seram dengan watak doktor lawan hantu!

Gameplay seperti Resident Evil Village, tetapi dengan lebih banyak puzzle yang perlu diselesaikan

Amir Haziq by Amir Haziq
July 19, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Microsoft, Pandangan Pertama, PC, Platform, PS5, Puzzle, Review, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
[Pandangan Pertama] In Sound Mind alami pengalaman seram dengan watak doktor lawan hantu!
Share on FacebookShare on Twitter

In Sound Mind merupakan game horror puzzle adventure yang dibangunkan oleh sebuah studio indie, iaitu We Create Stuff. Game ini telah diterbitkan oleh Modus Games dan ianya bakal tersedia secara rasmi di platform konsol next-gen seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X|S serta PC. In Sound Mind akan dilancarkan pada 28 September 2021, dan anda boleh memuat turun demo game ini di Steam sekarang!

Sebelum pelancaran rasmi, kami dari GamerSantai telah berpeluang untuk mencuba game seram akan datang ini, dan merasakan sebahagian gameplay asas dari permainan penuh. Selepas mencuba beberapa jam, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai apa yang bakal pemain rasa apabila game ini keluar. Jadi, jom baca pandangan pertama In Sound Mind saya!

Jalan cerita

Dari segi naratif game, saya tidak dapat memahami kisah ini dengan baik pada mulanya, tetapi In Sound Mind secara perlahan akan membuka dan memberi pemain banyak petunjuk mengenai kejadian apa yang berlaku. Antara petunjuk anda akan lihat di sepanjang permainan seperti mengapa watak terjebak dalam dunia misteri yang penuh dengan keganasan dan mistik, apakah matlamat utama game dan siapakah musuh sebenar bakal dihadapi.

Berdasarkan jalan cerita, anda akan bermain sebagai seorang doktor pakar psikologi yang berusaha untuk mengalami mimpi ngeri sama dari mangsa yang terdedah kepada sejenis bahan kimia eksperimen. Misi anda pada dasarnya adalah untuk kekal hidup dan menanggung pengalaman mimpi seram dalam dunia misteri ini, serta mencari jawapan sebenar dari semua kejadian mistik. Melalui setiap puzzle yang pemain selesaikan, anda akan mendapat jawapan mengenai kehilangan salah seorang pesakit rapat yang merupakan seorang gadis bernama Virginia.

Teka-teki seram

Dari segi gameplay, In Sound Mind ditampilkan dalam perspektif first-person dengan gabungan elemen seram dan pelbagai masalah puzzle yang perlu diselesaikan pemain. Bagi sebilangan pemain, mereka mungkin tidak berkenan dengan game ini kerana ianya sangat ringkas dan berlebihan. Jika ia dihasilkan dengan baik pastinya anda akan merasai pengalaman yang boleh memberi impak tidak dapat dilupakan. Sepanjang saya bermain game ini, ianya sangat menyeronokkan kerana mempunyai pelbagai elemen kejutan dan perkara tidak diduga.

Di awal game, pemain akan berada dalam sebuah hospital lama dimana ia merupakan tempat kerja watak, dan anda perlu mencari cara untuk keluar dari sana. Anda juga perlu mengambil beberapa nota untuk mendapatkan maklumat berguna yang boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada jalan cerita dan puzzle. Untuk item, anda boleh mendapatkan beberapa ubat untuk meningkatkan stats seperti Health, Speed, Stamina dan Stealth, serta sangat berguna kerana ia akan menjadi buff kekal pada watak. Namun, item seperti ini sangat sukar untuk ditemui dan anda perlu melakukan beberapa tugas tambahan bagi mendapatkannya.

Item lain yang perlu pemain cari adalah seperti bateri untuk memastikan lampu suluh mereka dapat berfungsi dan bekalan makanan bagi memulihkan HP. Kedua-dua item ini amat mudah untuk dijumpai, jadi anda tidak perlu risau jika lampu suluh hampir malap atau HP watak berkurangan. Perkara yang menarik perhatian saya ialah watak akan mengeluarkan bunyi yang kelakar semasa makan, dan ianya sesuatu yang tidak kena dengan situasi.

Selain dari item, anda juga perlu mendapatkan peralatan seperti Pistol dan Masker Gas, kerana ianya sangat berguna apabila pergerakan pemain dihalang oleh objek atau melalui kawasan radiasi. Pistol boleh digunakan untuk memecahkan papan kayu yang menutup pintu. Manakala Masker Gas membolehkan pemain mengharungi kawasan radiasi kimia, tetapi ianya hanya boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek sebelum watak mengalami sesak nafas kerana kekurangan oksigen. Saya suka dengan idea menggabungkan eksplorasi dan seram dengan penggunaan item serta peralatan, kerana ia memberi pemain pengalaman gameplay seperti Resident Evil Village, terutama di bahagian menyelesaikan puzzle.

Musuh

Di samping itu, In Sound Mind lebih memfokuskan pada aspek penerokaan berbanding aksi. Walaupun anda masih perlu berhadapan dengan musuh semasa di in-game, tetapi mereka tidak selalu muncul dan hanya berada di kawasan tertentu sahaja. Terdapat juga beberapa musuh yang perlu dikalah dengan kaedah berbeza, contohnya seperti di dalam sebuah pasaraya dimana anda perlu melawan Virginia. Untuk menewaskan Virginia, anda perlu membawanya menuju ke empat cermin yang diletakkan berasingan supaya dia akan menghentam diri sendiri. Setiap cermin mempunyai tugas yang mesti dilakukan seperti menyelesaikan puzzle tambahan bagi menarik Virginia ke arah cermin.

Walaupun saya bukan peminat game puzzle, tetapi In Sound Mind berjaya memberikan pemainnya teka-teki yang mudah untuk diselesaikan, selagi anda mempunyai setiap petunjuk sama ada nota atau perkataan yang ditanda. Dalam game ini juga, pemain boleh melakukan pelbagai perkara untuk maju ke bahagian seterusnya, jadi mereka perlu sentiasa mengingati petunjuk bagi menyelesaikan cabaran in-game. kadang-kadang anda perlu pergi ke kawasan permulaan untuk memeriksa tempat yang tidak dapat diakses sebelum ini, dan akan menambahkan lagi banyak puzzle untuk diselesaikan.

Grafik dan persembahan game

In Sound Mind mempunyai grafik yang sangat cantik walaupun tidak terlalu realistik, kerana kesan pencahayaan dan mempunyai suasana seperti tempat yang ditinggalkan. Namun, game ini mengalami masalah prestasi seperti fps kerana mempunyai kesan grafik yang kuat dari musuh hantu atau cahaya dari radiasi kimia. Ada ketika game ini akan crash beberapa kali, terutama semasa mengakses kawasan baru dan mungkin ianya berpunca dari aset yang belum dimuat turun. Walaupun saya telah menggunakan spesifikasi PC yang lebih dari disarankan, tetapi game ini tidak mampu dimainkan pada 60fps dalam tetapan tinggi.

Penutup

In Sound Mind berjaya memberikan gameplay seram yang berbeza dari yang saya bayangkan pada awalnya, dimana anda akan bersembunyi dan melarikan diri dari hantu. Tetapi ketika bermain saya dapat melawan mereka, menguatkan watak dan menggunakan setiap peralatan yang ada di gudang untuk menyelesaikan semua cabaran. Pemain Resident Evil Village pasti akan teruja dengan game ini kerana ia mempunyai lebih banyak puzzle yang perlu dihubungkan untuk menuju ke kemajuan seterusnya.

Secara keseluruhannya, game ini sangat menarik walaupun masih ada beberapa kelemahan yang jelas seperti tahap keseramannya seolah-olah menurun setiap kali anda ke bahagian baru. Malah, prestasi game ini perlu dipertingkatkan dengan baik walaupun ianya mempunyai keperluan spesifikasi yang hebat. Namun, saya perlu ingatkan yang ini bukan versi terakhir game, jadi kita pasti akan menerima permainan penuh yang lebih hebat apabila dilancarkan pada bulan September nanti. Anda boleh saksikan video gameplay kami dibawah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AdventureHorrorIn Sound MindModus Gameps5PuzzleWe Create StuffXbox Series X|S
Previous Post

10 watak terkenal dari francais Mario! Mana satu menjadi kegemaran anda?

Next Post

Tom Clancy’s XDefiant didedahkan! Membawa permainan menembak kompetitif Free-to-play!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tom Clancy’s XDefiant didedahkan! Membawa permainan menembak kompetitif Free-to-play!

Tom Clancy's XDefiant didedahkan! Membawa permainan menembak kompetitif Free-to-play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd