Mario merupakan salah satu francais Nintendo yang sangat terkenal sehingga anda pergi kemana sahaja pasti akan menemui seseorang yang mengenalinya. Francais Mario bermula apabila mereka melancarkan Super Mario Bros. pada tahun 1985, dan watak ini menjadi wajah utama untuk Nintendo serta membintangi kebanyakan game mereka. Tetapi francais ini tidak dikenali kerana Mario sahaja, kerana dia mempunyai ramai watak yang menjadi rakan, musuh dan pesaing bagi menjadikan kumpulan Mario sesuatu yang besar! Jadi, jom kita kenali watak-watak penting di francais Mario yang menjadi kegemaran peminat!
Mario
Merupakan watak utama francais dan menjadi simbol kepada syarikat Nintendo, si tukang paip Itali yang terkenal dengan pakaian merah serta misai ini direka oleh seorang pereka permainan video, iaitu Shigeru Miyamoto. Dalam kebanyakkan game di siri francais, Mario digambarkan sebagai watak yang boleh melakukan apa sahaja seperti mengeluarkan api, terbang, menjadi katak dan sukar untuk dikalahkan. Walaupun rekaan wataknya ringkas, tetapi ia mampu menjadi kegemaran setiap orang tidak kira usia.
Luigi
Luigi adalah antara watak yang sentiasa bersama dalam pengembaraan Mario di setiap siri game mereka. Luigi digambarkan sebagai adik kembar kepada Mario, memakai pakaian yang sama sepertinya tetapi berwarna hijau dan lebih tinggi dari watak tersebut. Luigi juga digambarkan sebagai seorang penakut, tetapi mempunyai peribadi yang baik dan tidak cepat marah seperti Mario. Walaupun sering dilihat sebagai watak sampingan dalam francais Mario, Luigi pernah menjadi watak utama dalam beberapa game Nintendo seperti Luigi’s Mansion dan Dr. Luigi.
Princess Peach
Si putri cantik dari Mushroom Kingdom adalah salah satu watak perempuan utama dalam francais ini sering berada dalam istananya bersama Toads. Princess Peach ditampilkan pertama kali di Super Mario Bros. sebagai watak NPC, di mana dia telah ditangkap oleh Bowser dan Mario perlu menyelamatkannya dalam game tersebut. Ada peminat menyatakan bahawa walaupun Princess Peach mempunyai perwatakan yang sopan dan lembut, tetapi mereka percaya yang Mario tidak perlu selamatkannya dari Bowser kerana dia sangat garang dan kuat!
Bowser
Bowser atau King Koopa adalah antagonis utama dalam francais Mario, dan di Jepun dia digelarkan sebagai Daimaō atau Raja Iblis Besar. Dia merupakan ketua kepada Koopa dan menjadi musuh utama Mario sejak dari game Super Mario Bros tahun 1985 sehinggalah sekarang. Matlamat utama Bowser dalam francais adalah untuk menculik Princess Peach, mengalahkan Mario serta menakluk Mushroom Kingdom! Dengan penampilannya yang sangat besar berbanding watak lain dari francais, Bowser sangat kuat untuk dikalahkan serta mampu melakukan teleport atau memanggil objek, terbang, menghasilkan kuasa elektrik dan menggunakan telekinesis.
Donkey Kong
Donkey Kong adalah watak pertama yang dihasilkan oleh Shigeru Miyamoto sebelum beliau mencipta Mario dalam francais ini. Malah, sebelum wujudnya Mario Bros., Donkey Kong mempunyai game-nya sendiri dan menjadi watak utama di permainan arked. Bagi yang tidak tahu, Donkey Kong mempunyai keluarga yang terdiri daripada Candy Kong, isterinya dan Donkey Kong Jr. anaknya.
Wario
Wario adalah watak antihero yang gemuk, berotot, pemarah dan tamak serta mempunyai imej hampir sama dengan Mario. Selain Bowser, Wario juga adalah musuh utama kepada Mario dan sering berdamping bersama teman baiknya Waluigi. Walaupun memegang peranan sebagai penjahat, tetapi anda akan biasa nampak Wario di kebanyakkan game spin-off francais dan wataknya boleh dimainkan.
Waluigi
Ingat Mario je ada musuh? Ini kami perkenalkan kepada anda, musuh kepada Luigi di francais ini, iaitu Waluigi! Dia memainkan peranan sebagai saingan kepada Luigi dan sentiasa bersama Wario dalam kebanyakkan siri utama spin-off francais, dan sering menyebabkan kerosakan serta masalah. Waluigi mempunyai persamaan dengan Luigi dari segi ketinggian dan menjadi teman kepada watak, tetapi dia lebih tegas, pemarah dan sangat berani!
Toad
Toad adalah watak fiksyen humanoid berkepala cendawan yang selalu muncul dalam francais Mario dan Nintendo. Dia adalah salah satu pembantu yang paling setia, sanggup berkhidmat dan sentiasa bersama Princess Peach. Watak Toad selalunya dilihat sebagai NPC yang akan membantu Mario dan rakan-rakannya di kebanyakkan game francais, tetapi ada beberapa kali dia menjadi watak utama dalam siri seperti Super Mario Bros. 2, Wario’s Woods dan Super Mario 3D World.
Yoshi
Yoshi adalah dinosaur yang muncul pertama kali di Super Mario World tahun 1990 sebagai sidekick kepada Mario dan Luigi kerana dia mempunyai pelbagai kebolehan berbanding watak utama francais. Antara kebolehan Yoshi adalah boleh melompat dengan jauh untuk memakan musuh, mengambil objek di tempat yang sukar dicapai dan boleh meludahkan mangsanya sebagai serangan atau menjadikan mereka telur untuk dibaling ke musuh. Di kebanyakan game francais, pemain boleh menunggang Yoshi dan melakukan damage lebih kepada musuh serta dikatakan antara watak terkuat dalam francais Mario!
Sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai watak-watak dari Mario Bros.! Anda boleh kongsikan dengan kami watak mana yang menjadi kegemaran di francais ini. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Mario, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post