Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Company of Heroes 3 diumumkan akan tiba pada tahun 2022 dan demo sudah tersedia di Steam!

Anda boleh mula mencuba demo pra-alpha game ini di Steam sekarang!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 14, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, Real time strategy, Steam
0 0
0
Company of Heroes 3 diumumkan akan tiba pada tahun 2022 dan demo sudah tersedia di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Relic Entertainment dan Sega telah mengumumkan ansuran ketiga untuk game action real-time strategy terkenal mereka, iaitu Company of Heroes 3 akan tiba pada hujung tahun 2022. Game strategi ini memfokuskan tentang situasi Perang Dunia Kedua yang bertempat di Mediterranean seperti Afrika Utara dan Itali. Siri ketiga Company of Heroes masih lagi mengekalkan keasliannya, tetapi ia turut merangkumi beberapa inovasi terbaru seperti tactical pause dan peta kempen yang penuh dinamik.

Ketua projek Relic Entertainment, iaitu David Littman menyatakan dalam Company of Heroes 3, pemain akan memerintah Allied ke Itali di mod kempen dan akan kelihatan sama dengan Total War berbanding siri game sebelum ini. Mereka telah bermain dengan idea kempen peta yang dinamik dari pengembangan Ardennes Assault.

Beliau juga menambah yang pemain boleh memotong bekalan musuh dengan menawan wilayah mereka, mengambil lapangan terbang untuk mendapatkan sokongan udara dalam misi, mengebom kedudukan musuh dengan kapal perang dan melawan pertempuran auto-resolve dengan unit detasmen. Mod kempen mempunyai jalan cerita mengenai watak pejuang partisan tempatan, dan digabung misi real-time strategy tradisional serta gaya seni seperti Avelino dan Monte Cassino.

Berita baik untuk peminat genre ini, anda boleh mencuba bermain demo pra-alpha yang sudah tersedia di Steam sekarang! Relic telah menggunakan program studio Amplitude’s Games2Gether dari Sega bagi membolehkan anda bermain dan mengemaskini demo yang tersedia. Malah, anda boleh meletupkan kereta kebal dan menyerbu bangunan menggunakan flamethrower sehingga 4 Ogos jam 10 pagi.

Buat masa ini,Relic dan Sega masih belum mengumumkan tarikh tepat pelancaran Company of Heroes 3. Jadi buat sementara waktu ini, anda boleh mencuba bermain demo yang mereka sediakan di Steam. Sama-sama kita nantikan berita terbaru dari pembangun untuk game ini.

Tags: Company of Heroes 3Real Time StrategyRelic Entertainmentsega
Previous Post

Review Razer Barracuda X – Headset 4 dalam 1 Wireless sedia untuk semua platform!

Next Post

Alamak! Pelepasan Just Cause Mobile nampaknya ditunda ke 2022!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Alamak! Pelepasan Just Cause Mobile nampaknya ditunda ke 2022!

Alamak! Pelepasan Just Cause Mobile nampaknya ditunda ke 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd