Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami menamatkan kontrak dengan bintang bola sepak Antoine Griezmann kerana isu rasis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Konami menamatkan kontrak dengan bintang bola sepak Antoine Griezmann kerana isu rasis!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan kontrak kerjasama Yu-Gi-Oh dengan bintang bola sepak dari FC Barcelona, Antoine Griezmann setelah sebuah video viral yang menunjukkan Griezmann dan rakan sepasukannya Ousmane Dembele mengejek pekerja Jepun semasa perlawanan pra-musim Barcelona di Jepun pada tahun 2019. Kontrak ini ditamatkan kurang dari sebulan setelah Griezmann dipilih untuk menjadi duta bagi jenama Yu-Gi-Oh.

❗️Antoine Griezmann and Ousmane Dembélé, in leaked video, appear to be mocking asian technicians in their hotel room who came to fix a technological issue, proceed to mock their looks, language and country's supposed "technological advance". pic.twitter.com/9fiBtyZxej

— +Barça (@plusbarca_) July 3, 2021

Video tersebut menunjukkan Griezmann dan Dembele duduk di dalam bilik hotel ketika beberapa juruteknik Jepun sedang berusaha memperbaiki televisyen mereka supaya duo itu dapat bermain Pro Evolution Soccer. Semasa juruteknik Jepun itu sedang memperbaiki televisyen, Griezmann dan Dembele kelihatan sedang mengejek penampilan pekerja tersebut dan bahasa Jepun. Walaupun Dembele yang bercakap untuk majoriti video, Griezmann dilihat sedang ketawa bersama.

Selain dari berhenti menjadi duta Yu-Gi-Oh untuk Konami, tindakan Antoine Griezmann juga mengundang masalah untuk seluruh kelab FC Barcelona, memandangkan salah satu penaja utama adalah syarikat e-dagang Rakuten dari Jepun. Selepas isu ini, pengasas bersama Rakuten, Hiroshi Mikitani, memuat naik tweet dan meminta maaf atas nama FC Barcelona. Beliau mengumumkan protes rasmi terhadap kelab itu, yang menyebabkan Griezmann membuat panggilan peribadi kepada Mikitani untuk meminta maaf atas tindakannya dalam video tersebut.

This you bruh😭 pic.twitter.com/PJsKvGTcmK

— Adeeb (@ADEEB_ZN) July 5, 2021

Malangnya, bukan itu sahaja masalah yang timbul kerana satu video lain menunjukkan Griezmann sekali lagi menunjukkan tingkah laku rasis kepada Asia. Dalam klip pendek di atas, Griezmann dilihat sedang berehat bersama rakan sepasukan Ousmane Dembele dan Samuel Umtiti. Dalam video tersebut, Griezmann mengejek bahasa Cina menggunakan kata-kata stereotaip.

Ramai yang merasa seolah-olah hukuman yang diberi kepada Griezmann tidak cukup, dan tiada tindakan besar dikenakan dalam kelab atau bahkan di peringkat antarabangsa memandangkan dia pun adalah wakil untuk pasukan antarabangsa Perancis di Euro Cup. Apa pendapat anda? Adakah hukuman yang lebih berat patut dikenakan atau adakah ini sudah cukup?

Sumber: IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Antoine Griezmannbola sepakFC BarcelonaJepunkonamiRasisYu-Gi-Oh!
Previous Post

Edisi Collector’s AMONG US nampaknya dah diumumkan untuk konsol harga bermula RM126!

Next Post

Team Razer kini bekerjasama dengan pasukan juara dunia, Ninjas in Pyjamas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Team Razer kini bekerjasama dengan pasukan juara dunia, Ninjas in Pyjamas!

Team Razer kini bekerjasama dengan pasukan juara dunia, Ninjas in Pyjamas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd