Tanpa diduga, juruanimasi Ippei Ichii membuka cerita mengenai masalah wang di Twitter peribadinya, dengan mendakwa bahawa beberapa jurunanimasi ditawarkan gaji pada harga terendah dalam produksi sebuah anime Netflix yang dibuat oleh MAPPA. Berikut adalah penterjemahan dari tweet-nya:
“Nampaknya, seorang produser yang mengusahakan anime Netflix di MAPPA bercadang untuk membayar 3,800 yen (anggaran RM 142.14) setiap adegan. Anggaran untuk sebuah siri TV adalah antara 3,800 hingga 7,000 yen, jadi jika anda menerima tawaran itu, harga seunit untuk juruanimasi akan turun. Perhatian: Sekiranya ditanya, saya rasa lebih baik berunding dengan harga 15,000 yen (anggaran RM 561.07) atau lebih.”
https://twitter.com/IchiiIppei/status/1410793799744294912
Dia kemudian menjelaskan:
“Untuk mengelakkan salah faham, saya harus mengatakan bahawa masalah saya adalah dengan Netflix. Untuk semua jumlah modal yang mereka miliki, ia adalah masalah bahawa mereka telah mula membuat pesanan pada harga yang rendah. Ada kemungkinan bahawa harganya bahkan lebih rendah daripada siri TV.”
https://twitter.com/IchiiIppei/status/1410814579693785092
Juruanimasi bebas bernama Zayd memberi komen: “Nilai harga 4500 yen biasa sudah cukup buruk. Apa yang difikirkan oleh Netflix sehingga mereka membayar lebih rendah daripada nilai gaji biasa?”
https://twitter.com/zeido__/status/1410820496548061184
Seorang lagi juruanimasi juga mengaku telah dibayar 250 yen (anggaran RM 9.35) untuk satu adegan animasi “in-between” di studio subkontrak untuk projek filem yang dibuat oleh “syarikat yang baru-baru ini membuat PV viral.” Dia berkata bahawa kerjanya sangat menuntut kerana merupakan projek filem yang memerlukan tahap keperincian yang tinggi.
Pada bulan Mei lalu, seorang bekas juruanimasi turut memuat naik tweet bahawa mereka meninggalkan MAPPA kerana keadaan kerja yang “seperti kilang“. Mereka mengkritik keputusan MAPPA untuk bekerja di empat projek pada masa yang sama dan bukannya melatih pasukannya dengan betul supaya tidak perlu melakukan pembetulan kecil, dan berkata, “Setahu saya, kira-kira 80% pekerja mempunyai aduan yang masa.”
Untuk mereka yang tidak tahun, Ichii baru-baru ini bekerja sebagai pengarah animasi di Zombie Land Saga Revenge oleh MAPPA. Anda boleh menonton anime ini secara percuma di halaman Youtube Muse Malaysia. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber: Twitter@Ippei Ichii
@gamersantaimy
Discussion about this post