Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review Penuh] Simulator medik yang kelakar di Two Point Hospital Jumbo Edition

Amir Haziq by Amir Haziq
July 5, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Game Review, Genre, Microsoft, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Review, Simulator, Xbox One
0 0
0
[Review Penuh] Simulator medik yang kelakar di Two Point Hospital Jumbo Edition
Share on FacebookShare on Twitter

Two Point Hospital pertama kali dilancarkan pada tahun 2018 dan ia menjadi antara game kegemaran bagi peminat genre Sim. Game ini telah dibangunkan oleh sebuah studio dari England, iaitu Two Point Studios dan diterbitkan oleh Sega. Bagi mereka yang tidak tahu, Two Point Hospital merupakan sebuah game management simulator yang membolehkan pemainnya menguruskan hospital mereka sendiri. Bagi yang berminat untuk mencuba game ini, anda boleh memainkannya di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, Microsoft, Linux dan Macintosh.

Two Point Studios telah melancarkan Two Point Hospital Jumbo Edition pada awal Mac 2021 yang lalu, dan saya telah berkesempatan untuk mencuba bermain game ini sendiri, serta merasai pengalaman menguruskan hospital melalui in-game. Untuk review ini, saya memainkan edisi Jumbo versi PS4 di PlayStation 5. Jadi tanpa berlengah lagi, jom baca pengalaman saya bermain simulator hospital ni!

Persembahan game

Dari segi grafik, Two Point Hospital Jumbo Edition tidak mempunyai perubahan dengan game asal kerana ia hanyalah DLC sahaja. Game ini menampilkan seni visual kartun yang boleh menarik pemain seolah-olah berada di sebuah hospital, tetapi versi lebih seronok untuk dimainkan kanak-kanak berusia dari umur 11 hingga 16 tahun. Gaya seninya sangat sesuai dengan tujuan game, iaitu memberi suasana simulasi lebih lucu seperti penyakit dan wabak dalam game ini mempunyai nama yang unik dan ada unsur humor. Sekiranya mereka menggunakan gaya seni yang lebih realistik dan serius, mungkin game ini tidak akan berjaya.

Dari segi audio, game ini mempunyai soundtrack yang sangat menyenangkan dan lebih santai untuk anda ketika bermain. Soundtrack-nya seperti rancangan pagi radio, beberapa muzik, dan kemudian diikuti dengan perbualan. Anda juga boleh memilih muzik yang ingin dimainkan semasa berada di in-game dalam pilihan menu, terdapat pelbagai soundtrack yang boleh pemain pilih bagi mengikut mood ketika itu.

Selain itu, pemain diberi kebebasan bermain dalam game simulator ini kerana tiada tahap kesukaran yang ditetapkan. Two Point Hospital Jumbo Edition mempunyai level kesukaran yang sangat mudah untuk dimainkan, kerana walaupun anda akan kehilangan wang semasa di permulaan, tetapi selepas beberapa masa hospital mereka akan menghasilkan keuntungan yang besar.

Pengurusan hospital tidak sukar

Naratif gameplay untuk game ini adalah anda perlu menguruskan hospital, dan dalam yang masa pemain perlu membina susun atur hospital mereka sendiri. Reka bentuk asas dinding luarnya telah disetkan, jadi pemain boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan dari bahagian dalam dinding tetapi tidak dapat meluaskan saiz kawasan bangunan. Jika pemain menerima bangunan hospital yang mempunyai simbol ‘+’, barulah mereka boleh membina bilik tambahan seperti GP Oficce dalam kawasan bangunan itu.

Walaupun ianya nampak seperti membataskan gameplay pemain, tetapi ini tidak menjadi masalah bagi saya ketika bermain. Jika anda sangat teliti dan inginkan kesempurnaan dalam rekaan hospital, mungkin akan sedikit kecewa kerana ada bahagian dimana salah satu blok lebih lebar dari dinding. Tetapi anda jangan risau, kerana proses pembinaan sesebuah blok untuk pejabat sangat senang untuk dilakukan. Anda boleh pilih tetapkan fungsi sesebuah bilik itu, melukis kawasannya, dan meletakkan barang-barang yang diperlukan didalamnya.

Jika anda bermain game ini di konsol, pemain perlu sentiasa menahan butang X semasa membuat penyusunan item dalam kawasan bilik. Bagi saya agak susah untuk melakukan kawalan kerana tidak biasa bermain game simulasi menggunakan controller, tetapi setelah beberapa ketika bermain game ini saya terus lupa masalah tersebut. Anda juga boleh menekan butang X berkali-kali untuk melakukan penyesuaian pada bilik, tetapi mungkin ianya agak memenatkan. Malah, setiap bilik mempunyai spesifikasi tersendiri, contohnya seperti GP Office memerlukan sekurang-kurangnya saiz 3×3. Namun, saya rasa ianya agak besar dan saiz ruang 2×3 sudah cukup untuk pemain meletakkan item keperluan mereka.

Disamping itu, anda juga boleh menyalin rekaan dalaman bilik secara terus di hospital yang sama dan ianya sangat memudahkan. Pemain juga boleh menyimpan rekaan susun atur sesebuah bilik di Room Template, dan menggunakannya pada bangunan hospital lain. Walaupun ini adalah fungsi umum QoL, tetapi ianya sangat memudahkan gameplay anda. Perlu diingatkan bahawa jika pemain tidak membina bilik khusus untuk tugas rawatan tertentu, mereka boleh meminta pesakit untuk menunggu sementara anda membina bilik tersebut, atau boleh meminta mereka pulang.

Jadi bos untuk staf anda

Komponen gameplay lain dalam game ini juga memerlukan pemain menggajikan staf hospital bagi mendapatkan stesen yang berbeza. Terdapat 4 jenis staf yang diperlukan untuk mengurus sesebuah hospital, iaitu Doctor, Nurse, Assistant dan Janitor. Berikut adalah tugas yang dilakukan oleh staf dalam hospital anda:

  • Doctor: Untuk mengenal pasti penyakit pesakit, mereka akan bekerja di bilik seperti GP Office dan Psychiatric Office
  • Nurse: Bertugas di pusat rawatan seperti bilik Pharmaceutical, Ward, General Diagnostic dan melakukan pelbagai perkara lain.
  • Assistant: Biasanya akan bertugas sebagai penyambut tetamu hospital.
  • Janitor: Mereka akan memastikan kebersihan bangunan hospital, membaiki mesin, menaiktaraf mesin dan melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perubatan.

Staf yang anda ambil mempunyai status dan kemahiran berbeza yang boleh dilihat di paparan menu Hiring. Calon staf yang mempunyai kualiti lebih baik lebih mahal untuk didapatkan, tetapi pemain masih mampu untuk mendapatkannya. Kebanyakkan staf mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut negatif seperti tidak pernah mencuci tangan, menyebabkan pesakit muntah, atau sering mengelat ketika bertugas.

Dari segi kemahiran, ada beberapa bilik yang memerlukan staf mempunyai kemahiran tertentu sebelum pemain boleh meminta ia bekerja di sana. Contoh seperti Doctor yang diperlukan dalam Psychiatric Office perlu memiliki Qualification of Psychiatry. Jika anda mendapatkan Doctor yang tidak memiliki kemahiran ini, mereka tidak dapat bekerja di sana. Walaupun anda menggunakan Doctor yang tidak memiliki kemahiran tertentu, tetapi ia masih dapat mendiagnosis pesakit psikologi dan merujuknya ke Psychiatry Office bagi mendapatkan rawatan.

Tambahan pula, pemain boleh menguruskan tugas staf di menu Staff List dan dari sini anda boleh meletakkan status Looking for Work secara manual ke stesen kerja yang sesuai. Namun ia tidak ada mempunyai petunjuk sama ada stesen tersebut sudah mempunyai staf atau tidak. Anda juga boleh mengehadkan staf untuk jenis tugas yang mereka lakukan seperti Doctor ini hanya tertumpu di GP Office. Anda boleh pergi ke Staff List, mencari namanya, dan padam ikon Office yang lain. Melalui cara ini, apabila Doctor itu telah selesai berehat, ia akan terus pergi ke GP Office dan melakukan tugas yang anda tetapkan.

Sekiranya anda memilih untuk membiarkan semua pilihan tugas dihidupkan, jadi AI akan memulakan dan memberikan kerja kepada staf pemain. Namun saya tidak mengesyorkan cara ini, kerana AI akan selalu meletakkan staf anda untuk rehat jika tidak melakukan rondaan. Malah, pemain boleh memilih untuk melatih staf di Training Room atau meminta staf mereka melatih yang lain. Anda juga boleh membelanjakan sejumlah wang bagi mengupah pelatih luar untuk datang ke hospital dan membuka kelas pada staf.

Bisnes hospital mudah buat duit

Bagi memastikan pengurusan kewangan hospital diuruskan dengan baik, pemain boleh menyesuaikan harga servis dan menetapkan gaji staf mereka, serta memantau Financial Report yang agak rumit. Malah ia juga memiliki acara Award Ceremony selepas setiap tahun berlalu dalam in game, dan ia memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk digunakan. Dari sini pemain akan diberi pilihan untuk membuat pinjaman yang dibayar setiap bulan di in-game selepas lebih dari satu atau dua tahun, bergantung pada pelan dipilih mereka.

Sandbox & Remix

Selain dari mod Normal Story, anda juga boleh memainkan mod Sandbox yang akan dibuka selepas menyiapkan Flottering di Chapter Three dengan satu bintang. Tetapi kandungan dalam kedua-dua mod ini tidak banyak, jadi saya hanya memainkannya di bawah sub-section yang sama. Mod Sandbox sama seperti Creative mode di Minecraft kerana anda boleh memilih map mana yang diinginkan, jumlah permulaan wang untuk mula dan bebas untuk melakukan apa sahaja.

Manakala untuk mod Remix, ada beberapa syarat yang perlu diselesaikan dalam setiap tahap atau bab. Salah satu contoh syarat seperti di Flottering Remix, dimana pendapatan biasa pemain akan dikurangkan, jadi mereka hanya dapat wang dari menyelesaikan cabaran atau melalui pengembangan staf seperti Training. Malah, mod ini boleh dikatakan mencabar dan sesuai untuk pemain yang mahukan gameplay lebih sukar.

Kawalan permainan yang leceh

Kawalan dalam game ini tidak begitu intuitif kerana sekiranya pemain memasuki beberapa lapisan menu, seperti menekan butang Square untuk masuk ke menu kiri dibahagian bawah bagi memilih 1 diantara Room, Item atau Hire. Jika anda memilih Room dan tersilap, jadi anda perlu menekan butang O untuk kembali, tetapi ia akan terus kembali ke Main Game secara automatik.

Selain dari itu, camera speed game tidak perlu dibuat penyesuaian, tetapi ia mempunyai jarak kamera yang terlalu dekat. Anda mempunyai jarak Up in your face yang paling dekat, jarak ‘I’m on ceiling looking down yang paling jauh, dan jarak 2D Top-Down people.

Penutup

Secara keseluruhannya, Two Point Hospital Jumbo Edition merupakan game simulator hospital yang seronok dimainkan kerana mempunyai elemen pengurusan dalam in-game. Malah, elemen ini menjadikan pemain tertarik disebabkan oleh gaya seni kartun dengan tema humor yang sesuai, serta mempunyai soundtrack yang lebih santai.

Dari segi gameplay pula, disebabkan ini adalah Jumbo Edition, jadi anda mempunyai banyak pilihan item dan dekorasi untuk didapatkan. Pemain boleh mendapatkan point untuk membuka item-item baru dengan menyelesaikan cabaran dan quest berbeza, tetapi kebanyakannya level game ini agak mudah untuk dimainkan.

Walaupun kawalan game ini sedikit mengganggu, terutama dari segi jarak kamera yang tidak selesa untuk pemain. Tetapi setelah bermain dalam tempoh yang lama, ia bukan lagi satu masalah besar perlu dirisaukan.

Sampai disini sahaja review saya mengenai Two Point Hospital Jumbo Edition ini. Harap anda dapat merasai simulasi pengurusan bisnes hospital yang menyeronokkan apabila bermain game ini nanti. Bagi yang ingin mendapatkannya, anda boleh membelinya secara digital di PlayStore, Nintendo e-Shop dan Microsoft.

Muat turun di sini
Two Point Hospital Jumbo Edition
Publisher: Sega
Developer: Two Point Studios
Release Date: 2021-03-05
Announce Date: 2021-03-05
Mac OS, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One
Two Point Hospital Jumbo Edition merupakan game simulasi hospital yang visual kartun menarik dan elemen humor dalam permainan. Disebabkan ianya Jumbo Edition, ia memiliki semua koleksi edisi Two Point Hospital seperti  Bigfoot, Pebberley Island, Close Encounters, Off the Grid, serta Retro Items Pack dan Exhibition Items Pack.689

The Review

Two Point Hospital Jumbo Edition

7 Score

Edisi koleksi simulasi yang sangat seronok dan menghiburkan untuk dimain

PROS

  • Gaya seni yang sesuai dengan tema game
  • Soundtrack dan muzik yang santai
  • Dilengkapkan dengan semua DLC dan Expansion game Two Point Hospital

CONS

  • Kawalan penyusunan yang kurang selesa
  • Jarak kamera kurang selesa

Review Breakdown

  • Game sim hospital yang kelakar dan tidak terlalu serius 0
Tags: simulationTwo Point Hospital Jumbo Editiontwo point studios
Previous Post

Filem anime Macross Delta mendedahkan trailer baru dan tarikh pelancaran rasmi!

Next Post

Spinoff Anime Demon Slayer Kimetsu Gakuen! akan mendapatkan Manga

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Spinoff Anime Demon Slayer Kimetsu Gakuen! akan mendapatkan Manga

Spinoff Anime Demon Slayer Kimetsu Gakuen! akan mendapatkan Manga

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd