Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Platinum End akan bermula Oktober 2021 beserta trailer pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Platinum End akan bermula Oktober 2021 beserta trailer pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata telah mencipta dunia yang mengasyikkan dalam Death Note, dan kini sepasang tersebut akan bersatu semula sekali lagi dengan siri anime baru Platinum End. Diadaptasi dari manga dengan nama yang sama, Platinum End akan membuat debut pertama pada tahun ini dan sempena itu, pihak produksi telah mengeluarkan trailer dan visual baru. Jumlah episod dan kakitangan tambahan oleh Signal.MD juga didedahkan.

Pengumuman ini mengesahkan bahawa siri anime akan mengadaptasikan keseluruhan manga di mana 24 episod akan ditayangkan secara berturut-turut dari Oktober 2021 hingga Mac 2022. Mereka juga menyatakan bahawa pengarah Hideya Takahashi (JoJo’s Bizarre Adventure: Golden Wind) akan menjadi pengarah untuk bahagian pertama, manakala Kazuchika Kise (Ghost in the Shell Arise) akan menjadi pengarah untuk bahagian ke-2. Masahiro Tokuda (DECA-DENCE) akan menyusun muzik untuk anime Platinum End.

Berikut adalah sinopsis rasmi daripada manga:

“Semasa rakan sekelas meraikan kelulusan sekolah menengah, Mirai yang bermasalah terperangkap dalam kegelapan. Tetapi pertarungannya baru sahaja bermula ketika dia menerima bantuan dalam bentuk malaikat. Sekarang Mirai harus melawan 12 manusia terpilih lain di mana pemenang akan menjadi tuhan untuk dunia seterusnya. Mirai mempunyai malaikat di sisi, tetapi dia mungkin perlu menjadi syaitan untuk bertahan hidup.”

Obata dan Ohba (Death Note, Bakuman.) melancarkan manga Platinum End di majalah Jump SQ terbitan Shueisha pada bulan November 2015, dan manga ini berakhir pada 4 Januari 2021. Lebih banyak info akan datang dalam bulan-bulan akan datang. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber: Twitter@Platinum End

Tags: animasianimePlatinum EndTakeshi ObataTsugumi Ohba
Previous Post

Pembangun game PC terkenal, Nixxes Software kini menyertai PlayStation Studio!

Next Post

Gameplay terbaru & Episod kedua D2K Dying Light 2 Stay Human didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Gameplay terbaru & Episod kedua D2K Dying Light 2 Stay Human didedahkan!

Gameplay terbaru & Episod kedua D2K Dying Light 2 Stay Human didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd