Pada hujung bulan Mei yang lalu, sebuah game bertemakan sukan paralimpik, iaitu The Pegasus Dream Tour telah diumumkan bakal tiba di platform mobile. Kini, ianya telah pun rasmi dilancarkan secara global untuk pengguna iOS dan Android serta merupakan game mobile pertama yang dilesenkan oleh International Paralympic Committee (IPC). Tujuan game ini dibangunkan adalah untuk memberikan kepelbagaian dan nilai penyertaan kepada para pemain sambil meningkatakan kesedaran mengenai sukan Paralimpik.
https://twitter.com/PegasusCity2021/status/1407905059627618305?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Eembeddedtimeline%7Ctwterm%5Eprofile%3APegasusCity2021%7Ctwgr%5EeyJ0ZndfZXhwZXJpbWVudHNfY29va2llX2V4cGlyYXRpb24iOnsiYnVja2V0IjoxMjA5NjAwLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X2hvcml6b25fdHdlZXRfZW1iZWRfOTU1NSI6eyJidWNrZXQiOiJodGUiLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X3R3ZWV0X2VtYmVkX2NsaWNrYWJpbGl0eV8xMjEwMiI6eyJidWNrZXQiOiJjb250cm9sIiwidmVyc2lvbiI6bnVsbH19%7Ctwcon%5Etimelinechrome&ref_url=https%3A%2F%2Fpegasus-dream.com%2Fen%2F
Di permulaan game ini, anda akan mencipta sebuah Mine, iaitu avatar in-game mereka berdasarkan dari imej pemain. Setelah Mine dibuat, anda boleh menjelajahi Pegasus City dan ia boleh melakukan aktiviti seperti makan serta minum bersama apabila selesai melakukan kegiatan di gimnasium. Pemain juga perlu memberikan latihan rejim yang sesuai dan baik untuk Mine anda bertanding bagi merebut pingat emas dalam acara Paralimpik.
Antara fokus utama ciri sosial dalam The Pegasus Dream Tour adalah, anda dapat mengembangkan Pegasus City dengan bantuan kerjasama dari pemain lain. Untuk pelancaran global ini, anda boleh menyertai dua jenis sukan Paralimpik seperti boccia dan 100 meter pecut. Pemain juga dapat melakukan latihan sukan lain seperti perlumbaan kerusi roda, bola sepak dan bola keranjang kerusi roda yang akan tiba tidak lama lagi.
Selain itu, pemain tidak semestinya perlu bersaing untuk melakukan acara yang tersedia di The Pegasus Dream Tour. Anda boleh menyaksikan pelbagai sukan dan merasai pengalaman mengunjungi tempat-tempat sukan sebagai penonton dalam game ini. Acara in-game juga akan merangkumi pelbagai jenis aktiviti seperti Pegasus Avatar GALA Party, dan pastinya ia dapat memberikan pengalaman yang hebat untuk pemain, serta akan lebih banyak maklumat baru bakal diumumkan nanti.
The Pegasus Dream Tour turut menampilkan beberapa Atlet-Para terkenal sebagai NPC, seperti:
- Takayuki Hirose (Boccia / Jepun)
- Patrick Anderson (Bola Keranjang Kerusi Roda / Kanada)
- Holly Robinson (Javelin / New Zealand)
- Silvio Velo (Bola Sepak 5 Sebelah / Argentina)
- Manami Tanaka (Tenis Kerusi Roda / Jepun)
- Kohei Kobayashi (Badminton / Jepun)
- Rie Ogura (Badminton / Jepun)
- Scout Bassett (Atletik / USA)
- Chaiwat Rattana (Atletik / Thailand)
The Pegasus Dream Tour kini telah pun tersedia secara percuma untuk platform mobile di Apps Store dan Google Play. Tunggu apa lagi? Jom kita cuba main game tema sukan Paralimpik pula!

@gamersantaimy
Discussion about this post