Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Battlefield 2042 mungkin akan dihadirkan dengan sistem skill-based-matchmaking!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 18, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Khabar angin] Battlefield 2042 mungkin akan dihadirkan dengan sistem skill-based-matchmaking!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Battlefield 2042 diumumkan oleh Electronic Arts minggu lalu, kita didedahkan dengan pelbagai info terbaru bersama trailer yang sangat menarik. Terkini, siri Battlefield keenam ini dikatakan bakal memiliki sistem Skill-Based-Matchmaking atau SBMM, tetapi tidak sama seperti dalam Call of Duty, Fortnite dan game multiplayer kompetitif lain. Isu SBMM ini telah menjadi perbincangan terbesar dan paling kontroversi dalam game sejak beberapa tahun ini, dan hampir semua gamer tidak menyukainya.

I worded this a bit confusingly "And yes, there is SBMM in #BATTLEFIELD2042 – It's just PRIMARILY sever based."

The majority of the "SBMM" happens when you've found the server, it doesn't kick in beforehand – So it's not like COD.

— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) June 15, 2021

Menurut sumber dalaman Battlefield, iaitu Tom Henderson menyatakan akan ada SBMM dalam Battlefield 2042, tetapi ianya berdasarkan server-based. Ini bermaksud, sebahagian besar SBMM game ini hanya berlaku apabila anda menjumpai server sahaja, tidak seperti game COD.

Mungkin ianya nampak seperti tiada masalah, kerana inilah yang dilakukan oleh Battlefield selama bertahun-tahun, dan memang tiada apa perubahan. Cuma ini adalah maklumat yang masih belum rasmi, kerana Battlefield 2040 dihasilkan dari lima studio yang berbeza seperti EA DICE, Criterion, DICE Los Angeles, dan EA Gothenburg. Jadi semestinya setiap dari mereka mempunyai rancangan yang sangat lain.

Battlefield 2042, merupakan first-person shooter yang merevolusikan sandbox multiplayer moden. Game ini dikuasakan oleh teknologi canggih yang mendorong keupayaan konsol next-gen, memberikan pemain pengalaman perang yang sangat epik dan mampu menghancurkan medan perang. Battlefield 2042 menampilkan perlawanan yang dipenuhi sehingga 128 pemain dari konsol dan PC, dengan tambahan dimensi baru dalam pertempuran multiplayer. Ia juga ditingkatkan dengan peristiwa masa nyata yang membentuk semula medan perang, serta pertempuran taktikal menggunakan semua senjata, kenderaan, dan alat baru,

Battlefield 2042 kini tersedia untuk pra-pesanan dan akan dilancarkan pada 22 Oktober ini bagi platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox one, Xbox Series X|S dan PC. Untuk membaca lebih banyak liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pautan yang tersedia.

Tags: Battlefield 2042Electronic ArtsSBMM
Previous Post

Acer Memperkenalkan Model Lasak Terkini Enduro Urban N3 di Malaysia

Next Post

“Kami meluangkan banyak masa untuk merancang dan meneliti” – Temu ramah eksklusif pasukan Badlanders

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
“Kami meluangkan banyak masa untuk merancang dan meneliti” – Temu ramah eksklusif pasukan Badlanders

"Kami meluangkan banyak masa untuk merancang dan meneliti" - Temu ramah eksklusif pasukan Badlanders

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd