Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA Online akan tamatkan perkhidmatan untuk PlayStation 3 & Xbox 360 pada hujung tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2021 - Updated on June 18, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
GTA Online akan tamatkan perkhidmatan untuk PlayStation 3 & Xbox 360 pada hujung tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Rockstar Games telah mengumumkan bahawa Grand Theft Auto Online (GTA Online) versi PlayStation 3 dan Xbox 360 akan ditutup pada 16 Disember. Walaupun GTA Online tidak ada lagi untuk konsol-konsol tersebut, mod jalan cerita utama Grand Theft Auto V masih dapat dimainkan sepenuhnya tanpa masalah. Ia tidak melibatkan permainan asas dan hanya mempengaruhi GTA Online sahaja.

“Ketika kami terus maju dengan kemas kini dan sokongan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan Grand Theft Auto Online versi PC – serta mempersiapkan pelancaran Grand Theft Auto V dan Grand Theft Auto Online yang dipertingkatkan di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada musim luruh ini – versi PlayStation 3 dan Xbox 360 GTA Online termasuk penjejakan statistik melalui Rockstar Games Social Club, secara rasmi akan ditutup pada 16 Disember 2021” -menurut pengumuman rasmi dari Rockstar Games.

GTA Online for PlayStation 3 and Xbox 360 Will Shut Down on December 16, 2021

Details: https://t.co/JsIRTHxGP9 pic.twitter.com/xn5GbMDkCV

— Rockstar Games (@RockstarGames) June 16, 2021

Rockstar Games juga mengumumkan bahawa penjejakan statistik untuk laman web, fitur online multiplayer, dan papan pendahulu untuk versi PS3 dan Xbox 360 bagi Max Payne 3 dan L.A. Noire juga akan ditutup pada 16 September. Nampaknya pembangun tersebut akan memberi fokus 100% untuk permainan terbaru mereka di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, ini masuk akal kerana jumlah “playerbase” di PS3 dan Xbox 360 pun semakin sedikit.

Saya ingatkan sekali lagi, GTA Online untuk PS3 dan Xbox 360 akan menamatkan perkhidmatan pada 16 Disember. Grand Theft Auto Online, yang sering dipanggil GTA Online, adalah permainan online multiplayer yang dilancarkan bersama dengan Grand Theft Auto V pada tahun 2013.

Untuk segala liputan kami tentang francais Grand Theft Auto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Rockstar Games

Muat turun sekarang!!
Grand Theft Auto V
Developer: Rockstar Studios
Release Date: 2013-09-17
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Grand Theft Auto V merupakan permainan aksi pengembaraan yang dimajukan dan dikeluarkan oleh Rockstar North dan Rockstar Game. Menjadi lebih spekulasi dengan kehadiran GTA Online dengan membuat lebih ramai peminat teruja dengan kepelbagaian mod yang boleh dihasilkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autoGTA OnlinePlayStation 3shutdowntutupXbox 360
Previous Post

Steam Next Fest menampilkan beratus-ratus game PC baru dari pelbagai genre!

Next Post

Menyiasat sambil beromantis dalam Tears of Themis miHoYo – akan datang musim panas ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Menyiasat sambil beromantis dalam Tears of Themis miHoYo – akan datang musim panas ini!

Menyiasat sambil beromantis dalam Tears of Themis miHoYo - akan datang musim panas ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd