Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Soulstice didedahkan sebagai game seperti Souls dan eksklusif untuk konsol next-gen

Game ini bakal tersedia untuk PS5 dan Xbox Series X|S

Amir Haziq by Amir Haziq
June 14, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Pameran/Expo, Platform, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
[E3 2021] Soulstice didedahkan sebagai game seperti Souls dan eksklusif untuk konsol next-gen
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di Xbox and Bethesda Games Showcase, Reply Game Studios yang beroperasi di Itali telah membuat debut untuk game mereka, iaitu Soulstice. Game ini dikatakan seperti Dark Souls dan mempunyai gameplay yang pantas serta lebih rumit macam Devil May Cry. Soulstice akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk platform PC dan konsol next-gen seperti PlayStation 5 serta Xbox Series X|S.

Sebuah trailer Soulstice telah dikongsikan semasa showcase berlangsung, dan ianya menampakkan seperti apa yang diinginkan oleh peminat subgenre gaya Souls, iaitu suasana fantasi gelap serta gameplay yang rumit. Ia juga mempunyai jalan cerita menarik, pertembungan berbahaya, serta musuh dan boss yang terlalu kuat untuk ditewaskan. Reply Game Studios mengakui bahawa Soulstice mengambil banyak inspirasi dari Dark Souls.

Walau bagaimanapun, Reply Games Studio telah menjelaskan bahawa Soulstice tidak mempunyai gameplay berkaitan dengan Souls. Game ini sepenuhnya berarah ke hack-and-slash dan diilhamkan dari Devil May Cry, Bayonetta serta Nier. Dari segi pertempuran pula, ia mempunyai fokus yang lebih luas berbanding game seperti Soul yang lain, kerana 70% gameplay-nya adalah action dan 30% lagi ke eksplorasi serta interaksi dengan dunia Soulstice.

Game ini berkisahkan di sebuah tempat bernama Holy Kingdom of Keidas, dimana Wraiths telah membuat serangan ke atas rakyat disana. Pemain akan bermain sebagai Chimera, iaitu seorang pejuang yang memiliki dua jiwa, dan perlu mempertahankan rakyat Holy Kingdom of Keidas dari kekejaman Wraiths.

Selain itu, ia juga mengisahkan tentang dua saudara, iaitu Briar dan Lute yang telah dilahirkan semula sebagai Chimera, dimana Lute telah mengorbankan tubuhnya untuk menggabungkan jiwanya dengan Lute. Setelah itu, mereka ditugaskan oleh Order untuk mengambil kembali Holy Kingdoms of Keidas dari Wraiths. Namun disebalik tugas tersebut, mereka mendapati terdapat perkara yang mencurigakan mengenai Order.

Xbox and Bethesda Games Showcase telah mendedahkan banyak game eksklusif terbaru untuk konsol Xbox malam tadi. Antaranya adalah Starfield, Stalker 2: Heart of Chernobyl serta Forza Horizon 5, dan Microsoft telah membuat pengumuman mengenai ketibaan Xbox Mini Fridge sebagai penutup showcase itu. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sepanjang acara E3 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: E3 2021next generation consoleSoulstice
Previous Post

Roblox Gift Card kini boleh didapati di 7-Eleven Malaysia!

Next Post

PUBG Mobile memperkenalkan Traverse-Insectoid sebagai mod fitur baru

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
PUBG Mobile memperkenalkan Traverse-Insectoid sebagai mod fitur baru

PUBG Mobile memperkenalkan Traverse-Insectoid sebagai mod fitur baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd