Xbox dan Bethesda Games Showcase hari ini telah mendedahkan sebuah trailer gameplay untuk Stalker 2: Heart of Chernobyl semasa acara E3 2021. Trailer tersebut menunjukkan gameplay yang tidak asing untuk pemain lama Exclusion Zone, yang dihasilkan dengan grafik terkini dan telah dipertingkatkan.
Trailer Stalker 2 menunjukkan bloodsucker memegang sesuatu yang nampak baru dan menarik, serta kebanyakkan babak dalam ini mengingatkan kita pada kehidupan seorang Stalker yang suka memasang unggun api dan khemah. Di penghujung trailer ini, mereka menunjukkan 28 April 2022 sebagai tarikh pelepasan untuk game tersebut.

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai Stalker 2: Heart of Chernobyl, anda boleh layari laman rasmi game. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sepanjang acara E3 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
![[E3 2021] Trailer gameplay dan tarikh pelancaran Stalker 2: Heart of Chernobyl didedahkan](https://cdn.gamersantai.com/2021/06/dbz-1-13-750x375.jpg)



![[E3 2021] Permainan ARPG Marvel’s Guardians of the Galaxy akan keluar Oktober 2021!](https://cdn.gamersantai.com/2021/06/gotg-game-75x75.jpg)




Discussion about this post