Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tips dan trick bermain sebagai Yuffie Kisaragi dalam Final Fantasy VII Remake Intergrade

Amir Haziq by Amir Haziq
June 10, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Tips dan trick bermain sebagai Yuffie Kisaragi dalam Final Fantasy VII Remake Intergrade
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama sahaja lagi, Final Fantasy VII Remake Intergrade akan tiba, dan pastinya peminat tidak sabar untuk memainkan Yuffie Kisaragi di PlayStation 5 kan? Jadi disini kami ingin kongsikan dengan anda tips dan trick yang boleh diaplikasikan semasa bermain menggunakan Yuffie dalam game ini!

Yuffie Kisaragi akan muncul buat pertama kali dalam FFVII Remake Intergrade di Episode Intermission, tetapi anda juga boleh mula bermain dengan kisah asal Cloud atau terus sahaja mencuba pengembaraan baru bersama Yuffie. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda menggunakan Yuffie Kisaragi nanti.

Gunakan Shuriken Yuffie untuk mendapatkan item

Yuffie sangat terkenal dengan kekuatan lengannya yang mampu melemparkan shuriken besar. Aksi balingan shuriken ini bukan sahaja boleh dilakukan dalam pertempuran, malah di bandar juga. Jika anda menjumpai himpunan kotak-kotak, mungkin didalamnya akan mengandungi item, jadi gunakan skil balingan shuriken Yuffie untuk memecahkan kotak tersebut bagi mendapat item.

Lengkapkan Yuffie dengan materia yang sesuai

Yuffie Kisaragi mempunyai Elemental Ninjutsu tersendiri yang memberikannya keboleh untuk menukar serangannya dari api, ais, kilat atau angin. Ini bermaksud, dia tidak memerlukan bantuan dari elemental materia seperti Cloud dan yang lain. Jadi, pemain hanya perlu melengkapkan Yuffie dengan stat-boosting materia dan ability materia yang boleh mengembangkan pilihannya dalam kombat.

Mencari masa yang tepat untuk synergize

Yuffie dan Sonon boleh menggunakan Synergy jika anda menekan butang L2 untuk memberikan mereka bergabung menghasilkan serangan khas semasa bertarung dengan musuh. Anda boleh menggunakan Synergy untuk memperlahan ATB gauge regeneration, tapi pastikan Synergy anda dalam tahap maksimum.

Gunakan Sonon sebagai pelindung

Walaupun Yuffie mempunyai skil ninjutsu yang hebat, tetapi dia tidak kebal untuk hadapi sekumpulan musuh yang kuat serta mampu menewaskannya jika tidak berhati-hati. Tetapi pemain bernasib baik kerana Sonon yang kuat akan bersama dengan Yuffie dan boleh digunakan sebagai pelindung.

Kami mencadangkan anda untuk lengkapkan Sonon dengan Provoke materia, yang akan memberinya kelebihan untuk menarik perhatian musuh supaya Yuffie mempunyai ruang. Anda juga boleh menggunakan Sonon untuk melakukan kebolehan Incite dalam pertarungan, bagi menarik perhatian musuh selama 3 serangan.

Panduan strategi di Fort Condor

Dalam Fort Condor, ranged unit  boleh mendapat bonus semasa berlawan dengan defense unit, manakala defense unit mendapat kelebihan apabila melawan vanguard, dan vanguard pula mempunyai kelebihan atas ranged unit. Jadi anda hanya perlu mengenal pasti kelemahan unit lawan dan membuat strategi untuk tewaskan mereka. Barisan yang anda pilih juga bergantung pada jumlah caj ATB dan materia yang ada, jadi sangat untuk perlu merangka pilihan yang sesuai dengan kekuatan anda.

Lengkapkan quest Happy Turtle untuk mendapatkan barangan yang mantap

Selain jalan cerita utama FFVII Remake Intergrade, anda juga boleh melakukan side quest untuk mendapatkan barangan yang menarik. Seperti contoh, anda boleh lengkapkan siri quest Happy Turtle untuk mendapatkan barisan dan unit Fort Condor yang hebat.

Bertarung dengan watak yang dikenali di Fort Condor

Fort Condor merupakan tactical board game dan mempunyai pelbagai quest yang memberikan kejutan menarik untuk pemain. Mereka akan unlock rank seterusnya apabila berjaya mengalahkan musuh di rank tersebut. Anda juga akan bertemu dengan watak yang dikenali, seperti Jessie sepanjang perjalanan untuk mengalahkan grandmaster.

Untuk pengguna yang memuat turun FFVII Remake secara percuma kemaskini peningkatan, episod baru yang menampilkan Yuffie Kisaragi di tajuk Episode Intermission, akan tersedia secara pembelian berasingan di PlayStation Store dengan harga RM379.00 bermula 10 Jun ini.

Harap anda suka dengan tips dan trick mengenai Yuffie yang dikongsikan ini. Untuk membaca segala liputan kami mengenai FFVII Remake, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Sumber: PSBlog

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FFVII Remakeplaystation 5SonyYuffie Kisaragi
Previous Post

Travis Touchdown beraksi! Siri No More Heroes kini tersedia di Steam!

Next Post

Titan bergerak dalam waktu! Nampak bergaya ala rekaan klasik dengan Attack on Titan Memorial Watch

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Titan bergerak dalam waktu! Nampak bergaya ala rekaan klasik dengan Attack on Titan Memorial Watch

Titan bergerak dalam waktu! Nampak bergaya ala rekaan klasik dengan Attack on Titan Memorial Watch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd