Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Fakta & trivia unik tentang Piccolo yang anda mungkin tidak tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball: Fakta & trivia unik tentang Piccolo yang anda mungkin tidak tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball adalah antara francais paling popular di genre shounen selama beberapa dekad.  Francais ini mempunyai kecenderungan untuk fokus pada kaum Saiyan, tetapi Piccolo adalah seorang watak hebat yang tidak harus dipandang rendah dan telah menjadi antara tokoh penting dalam banyak situasi. Walau bagaimanapun, individu keturunan Namek ini masih misteri untuk kebanyakan peminat. Mari kita belajar beberapa fakta dan trivia unik tentang Piccolo!

Menjadi pemimpin Neraka secara tidak rasmi

Dragon Ball GT amat berkontroversi dalam kisah Dragon Ball. Satu story arc di siri tersebut mengisahkan pintu antara Neraka dan Bumi yang pecah di mana banyak musuh melarikan diri. Piccolo membantu Goku menguruskan kekacauan ini dan mengorbankan dirinya supaya Goku dapat kembali ke Bumi. Akibatnya, Piccolo terpaksa mengawasi Neraka untuk menghalang semua banduan daripada melarikan, dan mengawasi mereka sebagai pemimpin terbaru.

Badan terdiri dari tiga orang Namek

Sebelum anting-anting Potara dan tarian fusion diperkenalkan, orang Namek sebenarnya sudah  tunjukkan konsep ini kepada peminat. Pertama sekali, Piccolo bergabung dengan Nail dan menyerap kekuatannya sepenuhnya. Kemudian, Piccolo bergabung sekali lagi dengan Kami dan menerima lebih banyak kuasa. Secara ringkas, badannya sebenarnya terdiri dari 3 individu termasuk dirinya sendiri.

Boleh berubah menjadi gergasi

Satu perkara yang majoriti peminat tahu tentang orang Namek ialah mereka dapat menumbuh semula anggota badan yang hilang atau memanjangkannya untuk menyerang jarak jauh. Satu abiliti yang ramai sebenarnya tidak tahu ialah orang Namek sebenarnya dapat meningkatkan saiz sehingga menjadi gergasi. Abiliti ini digelar sebagai Giant Form. Walau bagaimanapun, Piccolo dapat melangkah satu lagi langkah dan mencapai Super Giant-Form. Walaupun jarang digunakan, Piccolo masih dapat menggunakan abiliti ini bila keadaan memerlukan.

Tidak perlu makan untuk hidup

Dragon Ball menjelaskan bahawa orang Namek hanya memerlukan air untuk bertahan hidup dan sebenarnya tidak perlu makan makanan. Ini memberi mereka kelebihan yang berbeza dalam situasi bertahan hidup. Walaupun begitu, Piccolo ditunjukkan pernah mencuba makan ikan dan adalah satu-satunya warga Namek yang pernah buat sebegitu.

Warna darahnya asyik berubah

Di Dragon Ball, Piccolo mempunyai darah merah sehinggalah permulaan Dragon Ball Z. Walau bagaimanapun, ia berubah kepada darah ungu (kadang kala hijau) di Dragon Ball Z. Di Dragon Ball Super, Piccolo kini mempunyai darah hijau. Ia tidak jelas jika perkara ini hanyalah kesilapan oleh pihak animasi, atau perubahan genetik dalam badan Piccolo.

Mempunyai adik beradik

Demon King Piccolo melahirkan 5 orang anak untuk membunuh semua pahlawan di Bumi. Piccolo Junior adalah antaranya dan merupakan yang terkuat. Selebihnya ialah Drum, Tambourine, Cymbal, dan Piano. Malangnya, mereka semua sudah mati sekarang.

Antara penjahat yang berjaya membunuh Goku

Banyak penjahat diperkenalkan sepanjang siri Dragon Ball yang berdedikasi untuk membunuh Goku. Harus diingatkan bahawa Piccolo adalah reinkarnasi kepada ayahnya, Demon King Piccolo di mana misinya adalah untuk membalas dendam demi kematian ayahnya. Secara tanpa langsung, Piccolo berjaya membunuh Goku dengan teknik Special Beam Cannon dalam pertarungan mereka dengan Raditz. Satu lagi info tambahan ialah Cell juga merupakan salah satu penjahat yang berjaya membunuh Goku, walaupun akhirnya ditewaskan oleh Gohan.


Itu sahaja fakta dan trivia unik tentang Piccolo! Harap info ni membantu anda semua lebih mengenali watak ikonik ini dalam francais Dragon Ball. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball termasuk manga, anime dan permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Dragon Ball Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallDragon Ball SuperDragon Ball ZFaktaPiccoloTrivia
Previous Post

Kempen Rampage kembali di Garena Free Fire! Siap ada lagu dari DJ-duo Dimitri Vegas & Like Mike!

Next Post

PlayStation 5 mencatat keuntungan RM2 bilion lagi tinggi dari Xbox X|S

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
PlayStation 5 mencatat keuntungan RM2 bilion lagi tinggi dari Xbox X|S

PlayStation 5 mencatat keuntungan RM2 bilion lagi tinggi dari Xbox X|S

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd