Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Avengers dapat design mecha ala-ala manga oleh mangaka terkenal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Marvel’s Avengers dapat design mecha ala-ala manga oleh mangaka terkenal!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan lepas, Marvel mengumumkan bahawa pelukis manga Linebarrels of Iron dan Ultraman, Eiichi Shimizu akan mereka cipta pakaian mecha istimewa untuk para ahli Marvel’s Avengers untuk siri komik Marvel’s Tech-On Avengers akan datang. Shimizu juga melukis seni muka depan untuk siri ini dengan bantuan rakannya, Tomohiro Shimoguchi.

Jim Zub (Uncanny Avengers, Champions) akan menulis manakala Jeff “Chamba” Cruz (Venom: The End, Street Fighter) akan melukis siri enam episod ini yang bakal dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 Ogos. Kenji Andou (Tiger & Bunny, Gatchaman Crowds) dan Jun Goshima (Super Imaginative Chogokin) pula akan melukis watak penjahat, manakala Ryōji Sekinishi (Mobile Suit Gundam UC, Valvrave the Liberator, Gundam Build Diver Rize) akan menyusun konsep jalan cerita.

Bandai Spirits akan melancarkan barisan figura S.H. Figuarts sempena komik tersebut, bermula dengan suit Iron Man baru dan mod DH-10 pada tahun ini. Patung Iron Man ini akan menampilkan reka bentuk yang pada asalnya dikembangkan untuk barisan Metal Build dari Bandai Spirits. Syarikat mereka sudah pun mengeluarkan patung Captain America dan siluet watak dengan cakar yang kemungkinan besar adalah Wolverine.

Untuk mereka yang berminat, kisah komik ini berlangsung satu tahun selepas pemusnahan Infinity Stone yang dikumpulkan oleh Thanos. Menurut Marvel:

“Ketika Red Skull menggunakan kuasa baru yang menghilangkan abiliti para adiwira dan mengancam seluruh dunia, Avengers beralih ke teknologi eksperimental baru oleh Tony Stark untuk menyelamatkan kita semua. Inilah Iron Avengers – TECH ON AVENGERS!”

Selain Iron Man, komik ini akan menampilkan Captain America, Spider-Man, Black Panther, Captain Marvel, Wolverine, Red Skull, Loki, Venom, dan watak-watak lain. Semasa “TAMASHII Features 2021 S.H.Figuarts ONLINE: Broadcast Live Broadcast” pada hari Rabu lalu, Ketua Pengarang Marvel, C.B. Cebulski menggoda bahawa kisah ini akan menampilkan teknologi dari Wakanda dan Latveria bersama bantuan Stark Industries.

Apa pendapat anda tentang para Marvel’s Avengers dengan suit mecha mereka? Mana satu ialah kegemaran anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Sumber: Marvel, TAMASHII Features 2021 S.H.Figuarts ONLINE: Broadcast Live Broadcast

Tags: Bandai Spiritsblack panthercaptain americaEiichi Shimizuiron mankomikmangaMarvelMarvel's Tech-On AvengersS.H. FiguartsSpider-Man
Previous Post

Sah! Tiada lagi web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita akhir Jun ini!

Next Post

Need for Speed: Hot Pursuit Remastered akan ditambah ke EA Play bermula 24 Jun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Need for Speed: Hot Pursuit Remastered akan ditambah ke EA Play bermula 24 Jun!

Need for Speed: Hot Pursuit Remastered akan ditambah ke EA Play bermula 24 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd