Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dari 350 ribu pemain sehari, kini Among Us telah mencecah 2 juta pemain selepas percuma di Epic Games

Amir Haziq by Amir Haziq
June 3, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC, Platform
0 0
0
Dari 350 ribu pemain sehari, kini Among Us telah mencecah 2 juta pemain selepas percuma di Epic Games
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena jualan musim panas Epic Games Store, mereka telah memberikan Among Us secara percuma selama seminggu untuk pemain pada khamis minggu lalu. Game online social multiplayer dari InnerSloth ini walaupun tidaklah mahal mana, tapi percuma kan? Siapa tak nak. Baru-baru ini, Innersloth melaporkan statistik game Among Us mereka meningkat dan mencecah ke 2 juta pemain selepas ianya percuma di Epic Games minggu lalu.

Pengarah Komunikasi, Victoria Tran telah berkongsikan sebuah carta di akaun Twitternya dimana bilangan normal pemain Among Us hanya sekitar 350 ribu sehari pada hari Sabtu 22 Mei. Tetapi pada Sabtu 29 Mei selepas game itu mula percuma di Epic Games Store, jumlah pemain Among US di PC melonjak kepada 2 juta!

here's a normal Among Us player count (May 17 – May 22)

notes:
– this shows PC players only
– we naturally see a rise in players over the weekend pic.twitter.com/9TjLUKzulS

— Victoria Tran 🧋 (@TheVTran) May 31, 2021

Seperti yang dikatakan Tran dalam tweetnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu, contohnya seperti pemain dari platform lain mencuba versi PC, dan hujung minggu yang panjang bagi kebanyakan orang di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Namun, ia merasakan alasan yang kukuh untuk persoalan ini adalah disebabkan oleh Among Us sedang percuma di Epic Games Store, dan bilangan pemain bertambah untuk game genre multiplayer.

 Di samping itu, Among Us biasanya tersedia secara percuma untuk mobile dan PC, termasuk beberapa versi mikrotransaksi sebagai harga siling. Dengan peta Airship yang baru dan pengumuman besar tidak lama lagi, mungkin itu adalah masa yang terbaik untuk pemain dapatkannya secara percuma!

Selain itu, Epic Games Store sedang mengadakan acara yang besar iaitu “Epic Mega Sale” bermula dari 20 Mei sehingga 17 Jun nanti. Acara ini menawarkan kupon, potongan harga yang murah, dan insentif lain untuk sesiapa saja yang berminat untuk membeli-belah sekarang. Jika anda ada masa, ayuhlah lihat permainan apa yang sedang dipromosikan. Mana lah tahu kegemaran anda pun ada dalam senarai.

 

Game misteri percuma seterusnya dari Epic Games Store akan diumumkan pada 3 Jun nanti. Jadi mari kita harapkan sesuatu yang lagi menarik akan tiba nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Among Us, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Muat turun di sini
Among Us
Publisher: Innersloth
Developer: Innersloth
Release Date TBC
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
Main dalam talian atau melalui WiFi tempatan dengan 4-10 pemain semasa anda berusaha menyiapkan kapal angkasa untuk berlepas, tetapi berhati-hatilah kerana seseorang menjadi penyamar yang berusaha membunuh semua orang! Nikmati cross-play antara PC, Android dan iOS!
Tags: Among UsEpic Free Gamesepic games storePC
Previous Post

Pembangun Days Gone, Bend Studio dalam pembikinan IP baru dengan sistem open world

Next Post

Filem Dynasty Warriors akan keluar di Netflix pada 1 Julai!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Filem Dynasty Warriors akan keluar di Netflix pada 1 Julai!

Filem Dynasty Warriors akan keluar di Netflix pada 1 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd