Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch mempunyai dua aksesori baru! Kayu golf & buku lima?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2021
in Aksesori, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Teknologi
0 0
0
Nintendo Switch mempunyai dua aksesori baru! Kayu golf & buku lima?
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo Switch akan mempunyai beberapa aksesori pihak ketiga menarik untuk dipilih seperti kayu golf dan buku lima, untuk mereka yang ingin “meningkatkan” pengalaman permainan! Pertama sekali, syarikat Venom telah menghasilkan dua “controller” yang menyerupai kayu golf. Dijangka akan dilancarkan bulan depan, aksesori ini diinspirasikan oleh Mario Golf: Super Rush. Aksesori seperti kayu golf sebenarnya sudah lama dilancarkan, tetapi aksesori yang menyerupai seperti senjata buku lima memang tidak pernah dilihat dalam industri permainan video! Dihasilkan oleh syarikat Answer, aksesori “Brass Knuckle” ini adalah untuk “permainan yang menggunakan cengkaman seperti kecergasan.”

Golf Club Joy Con
Golf Club Joy Con
Brass Knuckle
Brass Knuckle

Brass Knuckle diwarnakan sebegitu agar sesuai dengan kombinasi merah dan biru Joy-Con, manakala Golf Club Joy Con berwarna merah hijau untuk menyerupai Mario dan Luigi. Brass Knuckles kini tersedia untuk dibeli di Play-Asia, tetapi harap maklum Golf Club oleh Venom kini habis dijual di Amazon! Memandangkan Mario Golf: Super Rush mempunyai tetapan “motion control” optional, kemungkinan besar ramai ibu bapa membelinya untuk anak-anak mereka bagi menggandakan keseronokan.

Brass Knuckle

Golf Club Joy Con

Ketika era Switch berterusan dalam tempoh PKP ini, saya pun tertarik untuk melihat aksesori apakah yang akan dikeluarkan selepas ini! Khabar angin mengenai Nintendo Switch Pro telah meningkat sejak kebelakangan ini, dan ada sumber mengatakan mereka akan umumkan peranti baru ini semasa E3. Buat masa ini, peminat hanya mampu menunggu dan melihat apa yang Nintendo akan umumkan!

Pernah tak anda beli akesori tidak masuk akal seperti ini untuk sistem permainan anda? Adakah berminat untuk membeli aksesori Nintendo Switch yang serupa kayu golf atau buku lima ini? Jom kongsikan pendapat di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Switch, sila tekan sini.

Sumber – Play Asia, Amazon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aksesoriBrass Knucklebuku limaControllerjoy-conkayu golfnintendo switch
Previous Post

Square Enix dilaporkan sedang membuat game Guardians Of The Galaxy!!

Next Post

Gameplay Murata Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gameplay Murata Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!

Gameplay Murata Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd