Square Enix telah mendedahkan ansuran baru dalam siri Dragon Quest berjudul Dragon Quest XII: The Flames of Fate! Permainan ini diumumkan di siaran langsung ulang tahun Dragon Quest ke-35, bersama dengan maklumat baru mengenai permainan-permainan lain yang akan datang.
Permainan ini dilaporkan akan menggunakan “jalan cerita yang lebih gelap” berbanding permainan lain dalam siri ini. Selain itu, permainan akan menampilkan sistem “command battle” baru yang sangat berbeza dari sistem kita lihat sebelum ini. Walaupun tidak ada tarikh atau di platform apa ia akan dikeluarkan, permainan ini dijangka akan dilancarkan secara serentak di seluruh dunia.
Inilah teaser trailer awal untuk Dragon Quest XII. Walaupun gameplay tidak ditunjukkan, permainan ini menunjukkan logo baru:
Permainan terbaru dalam francais Dragon Quest ialah Dragon Quest XI: Echoes of a Elusive Age pada tahun 2017. Permainan ini dilancarkan di Nintendo 3DS dan PlayStation 4, dan kemudian mendapat versi “Definitive Edition“ yang dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada tahun 2019 Versi itu juga dibawa ke PlayStation 4, PC, dan Xbox One pada bulan Disember 2020. Dragon Quest XI sejak itu menjual sebanyak 6 juta unit di seluruh dunia.
Dragon Quest XII: The Flames of Fate kini sedang dalam pembikinan. Tidak ada tarikh pelepasan dan konsol yang disahkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post