Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NBA 2K21 kini percuma di Epic Games Store! Minggu depan akan dapat sebuah lagi game “misteri”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
NBA 2K21 kini percuma di Epic Games Store! Minggu depan akan dapat sebuah lagi game “misteri”!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lalu, Epic Games Store memberitahu bahawa mereka akan menawarkan sebuah “game misteri” secara percuma. Kini kita sudah tahu jawapannya kerana pemain kini berpeluang mendapatkan NBA 2K21 secara percuma sehinggalah minggu depan!

You’ve got courtside tickets to the next generation of basketball – and @NBA2K has never felt this good.

Do you have what it takes to become the 🐐?

The #EpicMEGASale Vault is back & it’s wide open! Claim NBA 2K21 for FREE until May 27, 11:00 AM ET: https://t.co/1gHYd6OD21 pic.twitter.com/YXzPWc8Rky

— Epic Games Store (@EpicGames) May 20, 2021

Permainan ini tersedia bermula hari ini hingga 27 Mei jam 11PM GMT, dan pada masa itu ia akan digantikan oleh permainan misteri kedua. Buat masa ini, tidak ada info langsung untuk identiti permainan misteri kedua ini, jadi pemain harus menunggu hingga 27 Mei untuk tahu.

Dilancarkan pada September 2020, NBA 2K21 pasti akan menjadi tarikan besar bagi peminat francais. Ia adalah permainan pertama dalam francais untuk melangkah masuk ke platform konsol next-gen, dengan visual yang ditingkatkan dan mekanik baru yang lebih canggih. Pada masa yang sama, ia juga menawarkan pengalaman baru untuk mod MyCareer bagi pemain yang inginkan kelainan.

Tahun lalu, Epic Games Store menggunakan tema “permainan misteri” untuk mendedahkan beberapa permainan besar secara percuma termasuk Grand Theft Auto 5, Borderlands: The Handsome Collection, Civilization 6, dan banyak lagi. Adakah permainan seterusnya pun sama hebat? Kita hanya mampu “wait and see” dahulu.

The #EpicMEGASale is back for 2021! Deals? We’ve got ‘em. Coupons? All yours. The Vault? Yeah, that’s back too 🔥

What can we say? It’s our favorite time of the year.

Learn more here: https://t.co/nCJETlWpSy pic.twitter.com/06GQX0phrM

— Epic Games Store (@EpicGames) May 20, 2021

Selain itu, Epic Games Store sedang mengadakan acara yang besar iaitu “Epic Mega Sale.” Acara ini menawarkan kupon, potongan harga yang murah, dan insentif lain untuk sesiapa saja yang berminat untuk membeli-belah sekarang. Jika anda ada masa, ayuhlah lihat permainan apa yang sedang dipromosikan. Mana lah tahu kegemaran anda pun ada dalam senarai.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan lupa untuk tebus NBA 2K21 secara percuma di Epic Games Store. Saya akan sediakan pautan NBA 2K21 di SINI!

Untuk segala liputan kami tentang Epic Games, anda boleh tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeEpic Mega SaleFreeNBA 2K21PCPercuma
Previous Post

Anime Trese akan datang ke Netflix pada 11 Jun 2021!!

Next Post

[Khabar Angin] Fail Diablo IV muncul di PS Store untuk PS5 dan PS4

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Fail Diablo IV muncul di PS Store untuk PS5 dan PS4

[Khabar Angin] Fail Diablo IV muncul di PS Store untuk PS5 dan PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd