Setelah menunggu sekian lama, akhirnya peminat Mass Effect kini boleh bermain Mass Effect: Legendary Edition yang telah dilancarkan sejak minggu lalu. Game action-RPG-third person shooter ini telah dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One dan PC (Steam) dengan peningkatan visual yang sangat mengagumkan. Baru-baru ini, game tersebut telah tersenarai dalam SteamDB kerana mencapai jumlah pemain yang ramai dalam masa serentak.
Minggu pelancaran Mass Effect: Legendary Edition boleh dikatakan berjaya kerana ia menjadi game kedua dalam carta di SteamDB, dengan jumlah pemain serentak seramai 59,817 pada hari Ahad lalu. Penganalisis industri permainan video BenjiSales turut menyatakan di Twitter beliau, bahawa Mass Effect: Legendary Edition mendapat rekod dimainkan serentak tertinggi di Steam untuk game dari BioWare. Malah, game ini juga mendapat kedudukan kedua tertinggi untuk game dari EA di Steam, dan tempat pertama dipegang oleh Apex Legends.
Mass Effect Legendary Edition Steam Launch stats
– #1 Top Seller
– Peak Concurrent players at 59,817
– Highest concurrent players ever for Mass Effect Game
– Highest Concurrent Players ever for a Bioware game
– 2nd Highest Concurrent Player ever for EA (only behind Apex Legends) pic.twitter.com/xw7vqRAot6— Benji-Sales (@BenjiSales) May 16, 2021
Selain dari itu, game ini turut mendapat pelbagai ulasan positif dan negatif dari peminat dan pemain pada hari pelancarannya. Antara yang menjadi isu dalam ulasan mereka adalah masalah teknikal serta tiada FOV slider. Walau bagaimanapun, Mass Effect: Legendary Edition masih berada di rating ‘Very Positive’ dan masalah FOV itu telah diselesaikan oleh modders.
Game ini mengandungi ketiga-tiga edisi dan setiap DLC dari pelancaran asalnya, kecuali mod multiplayer dari Mass Effect 3. Pengarah projek Mass Effect, Mac Walters turut menyatakan ada kemungkinan para pemain akan dapat bermain secara multiplayer pada masa akan datang. Untuk mengikuti liputan kami mengenai Mass Effect, anda boleh tekan sahaja pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post