Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi UNIQLO UT Jujutsu Kaisen pertama akan dilancarkan pada 14 Jun di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2021 - Updated on May 12, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fesyen, Manga
0 0
0
Kolaborasi UNIQLO UT Jujutsu Kaisen pertama akan dilancarkan pada 14 Jun di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

UNIQLO hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan koleksi kolaborasi UT (T-Shirt UNIQLO) pertama dengan Jujutsu Kaisen pada hari Isnin, 14 Jun! Siri manga Jepun ini memang sangat popular, di mana jumlah salinan yang diedarkan telah melebihi 45 juta.

Koleksi baru ini menampilkan rekaan eksklusif dari lukisan manga yang menonjolkan kekuatan ajaib para watak serta keperibadian mereka yang menjadikan siri ini begitu menarik. Pilihan UT Jujutsu Kaisen kedua dengan rekaan eksklusif dari siri televisyen anime akan menyusul kemudian pada tarikh lain untuk menggembirakan semua peminat Jujutsu Kaisen.

Mempamerkan keperibadian dan daya tarikan setiap watak Jujutsu Kaisen, koleksi ini menampilkan adegan dan aksi yang tidak dapat dilupakan dari manga Jujutsu Kaisen. Reka bentuk termasuk corak Sukuna di bahagian belakang UT manakala bahagian depan menampilkan watak utama, Yuji Itadori. Juga digambarkan dalam koleksi tersebut adalah teknik Hollow Purple dari Satoru Gojo dan sumpahan Shikigami oleh Megumi Fushiguro.

Berikut adalah rekaan yang tersedia termasuk harga:

Koleksi Lelaki: 7 rekaan berharga RM59.90

1 of 7
- +

Koleksi Kanak-kanak: 4 reka bentuk berharga RM39.90

1 of 4
- +

Saya ingatkan sekali lagi. Koleksi UT Jujutsu Kaisen akan dilancarkan 14 Jun 2021 dan akan tersedia di semua kedai UNIQLO dan uniqlo.com. Untuk koleksi UNIQLO lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefesyenJujutsu KaisenmangauniqloUT
Previous Post

Khabar angin: Controller DualSense PlayStation 5 bakal menerima warna baru

Next Post

[Review] Pengalaman “layan corner” dalam litar lebih realistik di MotoGP 21

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Pengalaman “layan corner” dalam litar lebih realistik di MotoGP 21

[Review] Pengalaman "layan corner" dalam litar lebih realistik di MotoGP 21

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd