Haaa? Nampak kan? Macam tak percaya. Setelah 3 tahun berada dalam Early Access, akhirnya H1Z1 keluar jugak. Tetapi keluar dengan penuh kejutan. Apa kejutan dia? Jom aku, nak bagitahu sesuatu.
Terkejut jugak dengar bila diorang da release dari Early Access. Mahu taknye, bertahun. PUBG pon tak sampai dua tahun da release kepada PUBG 1.0. Tapi, yang lagu mengejut, diorang terus buatkan game H1Z1 ni jadi free. Wow, betul ke???
Tapi, bukan je sekadar free, H1Z1 da mula tentukan yang 15 kumpulan pemain professional akan menyertai musim Pertama untuk pertandingan H1Z1 yang akan diadakan di Las Vegas, dan mereka berkongsi bersama Facebook untuk Live Stream.
Selain daripada itu, H1Z1 juga ada update yang dinamakan ” Auto Royale “ , dimana pemain hanya boleh menembak di dalam kereta sahaja. Pemain jugak boleh ambil power up. Ala, macam Mario Kart la ni. Tapi ianya sesuatu yang berbeza bagi game yang bergenre Battle Royale macam ni. Nah, alang-alang aku bagi korang link untuk download.
So, bagi aku, ianya sesuatu yang bagus, untuk menarik kembali pemain-pemain H1Z1 yang hilang. Tak silap, diorang semua berpindah ke game lain? dan alasan mereka adalah disebabkan hacker yang berleluasa. Betul ke? Korang rasa? Ada siapa-siapa diantara korang yang main H1Z1 dulu? cer komen sikit.
Aku racun sikit dengan trailer H1Z1 Auto Royale
@gamersantaimy
Discussion about this post