Capcom telah mengumumkan beberapa maklumat baru yang akan datang di kemaskini Monster Hunter: Rise semasa siaran langsung Monster Hunter Digital Event. Kemaskini versi 2.0 ini akan dilancarkan secara rasmi bermula 28 April.
Monster Apex di Rampage Quest
Trailer baru ini menunjukkan beberapa Elder Dragons yang akan kembali dalam permainan, seperti Teostra dan Kushala Daora, serta Chameleos yang pernah hadir di siri Monster Hunter World. Beberapa monster Apex baru juga akan berada di Rampage Quest, iaitu Apex Rathalos dan Apex Diablos dengan beberapa siri pergerakan baru berdasarkan Dreadking Rathalos dan Bloodbath Diablos dari Monster Hunter Generations Ultimate.
Senjata dan perisai baru
Monster Hunter Rise Versi 2.0 juga telah ditingkatkan kualiti hunters, dengan membolehkan pemain untuk tingkatkan senjata dan pelindung serta membuat penyesuaian pada set perisai karakter anda.
DLC baru
Anda boleh membeli Character Edit Voucher yang memberikan pemain untuk membuat penyesuaian rupa Hunter. Pemain boleh mendapatkan voucher pertama secara percuma melalui muat turun dari Nintendo eShop.
Terdapat juga tambahan Voice Option yang memberikan anda suara seperti Fugen atau Minoto. Beberapa karakter akan mendapat pilihan suara untuk kemaskini akan datang.
Perisai untuk Hunter dan Buddies
Di dalam DLC baru ini, pemain boleh membeli perisai baru untuk Hunter dan Buddies mereka, gesture, sticker, gaya rambut, dan pet clothing. Anda boleh dapatkan aksesori tersebut di Nintendo eShop melalui Title Menu atau Courier untuk melihat tawaran yang diberi.
Kemaskini Event Quest
Tambahan pula, Event Quest baru turut tersedia secara percuma untuk kemaskini Monster Hunter: Rise versi 2.0. Selepas pemain memuat turun kemaskini ini, anda boleh bermainnya sebanyak mungkin serta boleh dimainkan secara offline! Beberapa Event Quest akan memberikan ganjaran sticker dan gesture baru untuk pemain dikemaskini yang akan datang.
Hunter Rank Cap
Selepas membuat kemaskini, anda dapat membuka Hunter Rank Cap, bergantung kepada progres permainan di Hub Quest. Apabila ianya dibuka, anda akan mendapat Hunter Rank Point setiap kali selesai melakukan Quest, dan membolehkan pemain untuk melakukan quest baru bagi menambah monster di dalam kemaskini.
Di samping itu, akan ada lebih banyak Rampage Quest, Arena Quest dan Single-Player only Quest yang akan menguji kemampuan memburu pemain.
Selepas pemain membuka Hunter Rank Cap, mereka dapat menempa perisai untuk disesuaikan dengan pakaian dan meningkatkan ketahanan Hunter mengikut citarasa pemain.
Versi 3.0 yang akan datang!
Capcom turut mengumumkan mereka sedang menyiapkan Monster Hunter: Rise Versi 3.0 yang akan hadir pada hujung bulan Mei ini. Versi ini akan mempunyai penambahan bab cerita yang mengandungi beberapa monster baru
Kandungan Crossover
Jika anda telah menyimpan data di Rise, pemain boleh mendapatkan perisai kamura Hunter di Monster Hunter Stories 2. Sama juga jika anda mempunyai simpanan data di Stories 2, anda mendapat perisai default Rider di Monster Hunter: Rise.
@gamersantaimy
Discussion about this post