Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artis Solo Leveling rasmi akan menghasilkan manhwa Assassin’s Creed Black Flag!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Artis Solo Leveling rasmi akan menghasilkan manhwa Assassin’s Creed Black Flag!
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed adalah salah satu francais terbesar di dunia gaming, jadi tidak hairanlah apabila ia diadaptasikan kepada filem, novel, manga, dan lain-lain. Walaupun tiada rancangan untuk mengeluarkan permainan video utama pada tahun 2021, francais ini akan terus berkembang dengan beberapa projek baru; salah satunya adalah manhwa Assassin’s Creed: Black Flag.

Disahkan dalam temu ramah Ubisoft bersama Eurogamer, mereka berbincang tentang masa depan francais. Nampaknya sebuah manhwa/webtoon sedang dibuat untuk Assassin’s Creed IV Black Flag pada tahun ini, dan ia akan mengisahkan pengembaraan terbaru Edward Kenway. Apa yang lagi menarik ialah manhwa ini akan diuruskan oleh Redice Studios yang bertanggungjawab untuk manhwa popular, Solo Leveling!

https://twitter.com/MangaMoguraRE/status/1384247967033401352

“Itu membawa kepada projek menarik lain seperti webtoon yang sedang kami kembangkan di Korea. Kami dapat melihat Edward pergi ke tempat lain – mungkin bukan di laut yang sama, tetapi di Timur.

“Kami memilih Assassin’s Creed 4. Kami belum menulis apa-apa, kami tahu dengan tepat apa yang ingin kami lakukan tetapi kami masih dalam proses mencipta .” kata Aymar Azaïzia, ketua kandungan Ubisoft.

Bagi mereka yang tidak tahu, manhwa Solo Leveling (sebenarnya berdasarkan web novel) telah dicipta oleh Jang Sung-rak (juga dikenali sebagai Dubu) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Redice Studio. Bukan setakat di Korea, manhwa ini juga popular di Jepun, Amerika, China, dan Asia Tenggara termasuk Malaysia dan merupakan “big 3” dalam dunia webtoon. Selepas meraih sambutan yang tinggi, Solo Leveling dilaporkan akan dihasilkan sebagai permainan video yang dikembangkan oleh Netmarble dan drama aksi langsung.

Apa pendapat anda? Mesti manhwa Assassin’s Creed: Black Flag gempak kan? Lagi-lagi bila dapat tahu ia dibuat oleh artis Solo Leveling. Jom kongsi pendapat di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Assassin’s Creed, sila tekan pautan ini.

Sumber – MangaMoguraRE

Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed: Black FlagmanhwaRedice StudiosSolo LevelingubisoftWebtoon
Previous Post

Pengarah Overwatch Jeff Kaplan meninggalkan Blizzard selepas 19 tahun bersama

Next Post

[Temu ramah Eksklusif] “Kami sangat gembira dengan penghasilan ROG Phone 5” – Chih-Hao Kung

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[Temu ramah Eksklusif] “Kami sangat gembira dengan penghasilan ROG Phone 5” – Chih-Hao Kung

[Temu ramah Eksklusif] "Kami sangat gembira dengan penghasilan ROG Phone 5" - Chih-Hao Kung

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd