Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultraman Trigger didedahkan secara rasmi! Merupakan generasi baru Tiga dalam konsep moden!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2021
in Artikel, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Ultraman Trigger didedahkan secara rasmi! Merupakan generasi baru Tiga dalam konsep moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri baru Ultraman Trigger akhirnya diumumkan secara rasmi semalam dan bagi mereka yang tidak tahu merupakan penghormatan kepada Ultraman Tiga, Ultraman pertama dari tiga siri “TDG” dari era 90-an (Ultraman Tiga, Dyna, dan Gaia). Sempena ulang tahun ke-25 tahun Ultraman Tiga, siri ini mengambil unsur-unsur penting dari jalan cerita asli, dan boleh dianggap sebagai generasi baru dengan kisah moden. Siri ini akan disiarkan di TV Tokyo pada 10 Julai 2021.

Jalan cerita

30 juta tahun lalu, seorang gergasi cahaya berjaya menutup kegelapan dan kemudian tidur di bintang merah. Kembali pada masa sekarang, pasukan GUTS-Select dibentuk di mana Kengo Manaka menjalani kehidupannya sebagai ahli botani. Malangnya, kehidupannya yang damai diganggu oleh raksasa yang sama pada 30 juta tahun lalu. Seperti ditakdirkan, Kengo kemudian bertemu dengan gergasi cahaya, yang memperkenalkan diri sebagai Ultraman Trigger.

Disebabkan Ultraman Tiga adalah Ultraman pertama yang boleh mengubah bentuk, sudah tentu Ultraman Trigger akan mengikuti jejak langkahnya. Berikut adalah bentuk yang didedahkan:

 

1 of 3
- +
  • Ultraman Trigger Multi Type
    • Bentuk semula jadi Ultraman Trigger yang mengimbangkan kepantasan dan kekuatan. Sama ada di darat, laut, atau udara, dia dapat bertarung dengan banyak gaya pertempuran. Abiliti khasnya adalah Zeperion Beam.
  • Ultraman Trigger Power Type
    • Bentuk Power Type menumpukan pada kuasa semula jadi. Ia berfungsi dengan sangat handal dalam pertempuran tangan sambil melawan musuh yang besar. Abiliti khasnya adalah Deracium Beam Torrent.
  • Ultraman Trigger Sky Type
    • Bentuk yang paling lincah. Dia dapat menggunakan pergerakan yang cepat untuk menyerang. Ia paling baik digunakan untuk melawan raksasa yang dapat terbang, pertarungan di udara, atau pertempuran berkelajuan tinggi. Abiliti khasnya adalah Runboldt Beam Shell.

Pada masa yang sama, Raiga Terasaka (pelakon untuk protagonis Kengo Manaka) memberitahu bahawa:

“Itu adalah impian terbesar saya untuk menjadi hero, jadi saya sangat gembira dan berbesar hati kerana dapat melindungi wajah orang yang tersenyum dengan melakonkan Ultraman!

Semasa cerita berkembang, kita dapat melihat kemajuan Kengo dan menikmati watak-watak eksentrik dalam pasukannya. Ini adalah siri yang dapat dinikmati oleh ibu bapa, kanak-kanak dan peminat dari semua generasi. Siri ini mengingatkan kita akan cahaya harapan yang kita bawa dalam diri kita.”

Untuk info lanjut tentang Ultraman Trigger, anda boleh klik pautan ini. Jika ada pembaca ingin baca semua liputan kami tentang Ultraman, sila tekan sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TsuburayaUltramanUltraman TigaUltraman Trigger
Previous Post

Days Gone PC akan datang 18 Mei dan Gameplay telah didedahkan!

Next Post

Alien Isolation akan percuma di Epic Games Store pada minggu depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Alien Isolation akan percuma di Epic Games Store pada minggu depan!

Alien Isolation akan percuma di Epic Games Store pada minggu depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd