Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

Hasbro bekerjasama dengan Robosen Robotik pada Transformer baru yang rumit

Nyny.A by Nyny.A
April 12, 2021
in Animasi, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Gunpla, Produk
0 0
0
Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja yang tidak tahu Transformer, dari siri animasi sehingga kit model yang tidak pernah terhenti Hype-nya di serata dunia. Dari makhluk asing, yang boleh menjadi kenderaan, dari trak besar hinggalah kereta sport. Sudah semestinya jika menjejak ke zaman moden, kit model Transformers pun haruslah juga mengikuti generasi. Mengubah kit model secara manual dari segi bentuknya mungkin ramai yang agak letih, sehingga ada para pencipta yang berlumba-lumba masuk pertandingan untuk menghasilkan kit yang boleh transformasi sendiri. Maka kali ini, Hasbro mendengar keluhan anda dengan melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi sendiri!


Walaupun mendengar keluhan anda, memasang kit model ini bukanlah mudah, sebaliknya menjadikannya lebih rumit kerana kemampuan kit model robot Optimus Prime ini dapat dipogramkan ke teknologi robotik sebenar dalam bentuk 27 servo motors dan aplikasi di dalam telefon pintar sehingga boleh berubah dengan sendirinya.

Setinggi 19 inci, Optimus Prime nampak menakjubkan dalam kerumitanya. Anda seharusnya bersedia kerana komponen untuk pemasangan kit model ini sebanyak 5,000 komponen, 27 servo motors dipatenkan, dan 60 mikrocip yang disambungkan untuk memberi ciri transformasi automatik. Sebagai tambahan kepada aplikasi mudah alih, kit Optimus Prime yang baru juga dilengkapi perintah suara yang membolehkan pemilik mengawal tindakan mengubah atau mengawal pemanduan di sekitar bentuk kenderaan dengan menyebut ayat-ayat seperti “roll out” atau “convert.” Sememangnya sebuah hasil hebat dari kolaborasi Hasbro dan Robosen.

Jika anda seorang peminat Transformer, dan sangat rajin untuk memasang kit model ini, anda boleh mendapatkannya pada harga $700 (anggaran RM2900) sambil berangan Optimus Prime anda kini bersedia untuk menyelamatkan bumi dari serangan Decepticons!

“Kami gembira dapat berkolaborasi dengan Hasbro dan berharap dapat memperkenalkan standard robotik baru dengan robot Transformers paling maju yang pernah dibuat oleh pengguna,” kata Sean Tang, pengarah Robosen USA melalui siaran akhbar. “Pasukan ini bekerja keras untuk memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa untuk peminat francais terhormat ini dan menghasilkan Transformers yang akan menjadi tambahan premium untuk koleksi mereka dengan fungsi unggul.”

Optimus Prime yang boleh transformasi secara automatik (Transformers Optimus Prime Auto-Converting Programmable Robot) ini boleh didapati secara dalam talian laman web Hasbroplus berharga $699.99. Tetapi malangya, Pre-order telah pun ditutup kerana telah terjual habis! Nampaknya pada anda yang berminat itu, haruslah menunggu sedikit lebih lama mungkin selepas pelancaran rasmi.

Sumber: Kotaku; Hasbro; Robosen Robotics

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hasbrokit modelOptimus PrimeRobosenTransformerTransformers Kit ModelTransformers Optimus Prime Auto-Converting Programmable Robot
Previous Post

Laman Facebook Xbox Singapore kini bertukar menjadi Xbox SEA

Next Post

[Review] Outriders – Berperang menggunakan teleportasi dan ruang masa

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Outriders – Berperang menggunakan teleportasi dan ruang masa

[Review] Outriders - Berperang menggunakan teleportasi dan ruang masa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd