Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valheim kini boleh dimainkan dengan penambahan mod VR

Amir Haziq by Amir Haziq
April 6, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Microsoft, PC, Platform, Steam
0 0
0
Valheim kini boleh dimainkan dengan penambahan mod VR
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pasti akan teruja apabila dapat bermain secara survival di Valheim menggunakan mod Virtual Reality (VR). Permainan ini telah dikembangkan modnya supaya boleh disokong oleh VR dan boleh dimuat turun sekarang. Sweden Iron Gate Studio, pemaju bagi Valheim telah melancarkan akses permainan pada 2 Februari untuk pengguna Windows dan Linux di Steam.

Tambahan pula, mod VR ini dikeluarkan oleh modder Brandon Mousseau untuk permainan survival bertemakan Viking yang hanya dapat dimainkan dari third-person perspective. Walaupun mod permainan pada masa ini tidak menyokong kawalan gerakan, namun salah seorang rakan sekerja Mousseau telah mengesahkan masalah fungsi kawalan gerakan ini akan diselesaikan dalam kemaskini akan datang. Anda boleh melihat bagaimana mod VR Valheim dimainkan di sini.

Mod VR Valheim ini boleh dimuat turun secara percuma di NexusMods. Pemain perlu menggunakan headset yang serasi dengan SteamVR serta PC yang padu untuk bermain Valheim di mod VR. Anda juga masih boleh bermain dengan rakan anda walaupun mereka tidak menggunakan mod VR, kerana ia direka untuk serasi dengan co-op.

Selain itu, Valheim turut tersenarai bagi permainan flat-screen yang memperoleh fungsi VR hasil dari modder. Antara permainan lain sepertinya termasuk Alien: Isolation, Crysis, Half-Life 2, dan lain-lain permainan first-person shooter dari tahun 1990-an.

Seterusnya, ianya menjadi kegemaran baru buat modder berbakat untuk menambah baik permainan seperti Valheim dan berkongsi hasil kerja mereka dengan komuniti peminat. Mousseau juga menggunakan mod untuk Equipment dan Quick Slots, dimana ia membantu meningkatkan pengurusan inventori pemain. Pengenalan Quick Slots memperbaiki beberapa mekanik yang ada, seperti meletakkan barang yang dilengkapkan dalam inventori dan bukannya slot khusus.

Harapnya pasukan pembangun Valheim mempertimbangkan sesuatu untuk kemaskini akan datang, kerana permainan ini masih dalam Early Access. Sokongan VR rasmi pastinya dapat menambahkan lagi keseronokkan bermain di Valheim nanti.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LinuxMicrosoftPCValheimvr
Previous Post

Asia Pacific Predator League 2020/21 Grand Finals akan berlangsung dalam talian bermula hari ini hingga 11 April!

Next Post

Acer mengumumkan Predator Helios 300 dan Nitro 5 dengan “spec” lebih canggih di Malaysia

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acer mengumumkan Predator Helios 300 dan Nitro 5 dengan “spec” lebih canggih di Malaysia

Acer mengumumkan Predator Helios 300 dan Nitro 5 dengan "spec" lebih canggih di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd