Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bertarung menggunakan kuasa psikik di Scarlet Nexus! Pra-pesan sekarang!

Amir Haziq by Amir Haziq
March 19, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Bertarung menggunakan kuasa psikik di Scarlet Nexus! Pra-pesan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Scarlet Nexus boleh di pra-pesan sekarang! Ia akan dilancarkan pada 25 Jun ini. Game Action-RPG Jepun dari Bandai Namco Studios, yang diketuai oleh dua pembangun Tales of Vesperia: Kenji Anabuki, dan Keita Iizuka. Kisah Scarlet Nexus berlaku di masa depan alternatif yang berbahaya.

Tamadun manusia di bawah ancaman berterusan dari mutan berbahaya iaitu Others, yang datang dari langit untuk memburu manusia. bagi melindungi dunia, mereka yang mempunyai kemampuan deria ekstra, yang disebut psionik, akan direkrut ke dalam Other Suppression Force (OSF). Dengan kekuatan psikik yang kuat dan unik, OSF bergabung untuk membasmi Others.

Sistem pertempuran di Scarlet Nexus membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya kekuatan psionik parti anda. Protagonis yang boleh dimainkan, Yuito dan Kasane, adalah pakar Psikokinesis.  yang membolehkan mereka memanipulasi objek dengan fikiran mereka.

Dengan menggunakan Psikokinesis, persekitaran akan menjadi senjata anda untuk bertarung dengan Others. Dengan gabungan kombo melee dengan serangan Psychokinesis, Yuito dan Kasane adalah dua OSF yang paling mahir. Dengan menggunakan Struggle Arms System (SAS) juga, Yuito dan Kasane dapat bersinergi dengan kekuatan psikik unik ahli parti untuk menjadikannya milik mereka sendiri.

SAS dapat memberi kelebihan serangan pada Pyrokinesis milik Hanabi Ichijo. Ini dapat meningkatkan serangan melee dan psikokinesis anda bersama api. Anda juga boleh mendapatkan kelebihan defensif dengan Sclerokinesis milik Gemma Garrison. Ianya mampu memberikan kekebalan damage untuk waktu yang singkat. SAS boleh mengubah arus pertempuran, dan terdapat ramai ahli parti lain yang mempunyai kekuatan psikik boleh dihubungkan.

Di Scarlet Nexus, anda boleh memilih gaya permainan yang sesuai dengan pilihan anda. Dengan melengkapkan pelbagai Plug-in kepada ahli parti, anda dapat meningkatkan statistik, serangan fizikal dan kemampuan psikik mereka. Anda boleh meningkatkan kekuatan psikik untuk menjadikannya kombo kegemaran yang memberi manfaat di lapangan.

Sebuah animasi TV baru berdasarkan tajuk permainan juga akan dilancarkan secara serentak di seluruh dunia pada musim panas 2021. Tonton video promosi pertama siri animasi SCARLET NEXUS yang dihasilkan oleh Sunrise:

Untuk peminat dan pembeli dari Malaysia, versi pakej fizikal untuk edisi Standard akan tersedia di Xbox One serta Xbox Series X|S. Manakala versi digital akan tersedia dalam edisi Standard dan Deluxe untuk PlayStation5, Playstation4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC (Steam).

BANDAI NAMCO Entertainment Asia mengumumkan SCARLET NEXUS akan dilancarkan pada 24 Jun 2021 untuk PlayStation5 dan PlayStation4, dan 25 Jun 2021 untuk Xbox Series X | S, Xbox One, dan PC Digital melalui Steam di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan pra-pesan SCARLET NEXUS atau produk BANDAI NAMCO Entertainment Asia yang lain, lawati laman web mereka atau ikuti mereka di Facebook atau Twitter, atau langgani saluran YouTube mereka.

Lihat di sini
Scarlet Nexus
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Bermain sebagai Yuito Sumeragi, yang dilengkapi dengan bakat dalam psiko-kinesis, menjelajah kota futuristik New Himuka dan mengungkap misteri masa depan Brain Punk terperangkap antara teknologi dan kemampuan psikik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Namco EntertaimentJapanplaystationScarlet Nexusxbox
Previous Post

Sony sah membeli EVO Championship Series!

Next Post

[Square Enix Presents]: Pra-pesan Balan Wonderworld sekarang sebelum pelancaran 26 Mac ini

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Square Enix Presents]: Pra-pesan Balan Wonderworld sekarang sebelum pelancaran 26 Mac ini

[Square Enix Presents]: Pra-pesan Balan Wonderworld sekarang sebelum pelancaran 26 Mac ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd