Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Nioh Collection Review: Hapuskan iblis dalam suasana lebih lancar, pantas, dan cantik!

Amir Haziq by Amir Haziq
March 17, 2021 - Updated on March 22, 2021
in Game Review, Platform, PS5, Review
0 0
0
The Nioh Collection Review: Hapuskan iblis dalam suasana lebih lancar, pantas, dan cantik!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan Nioh di PS4 kini sudah masuk tahun keempat selepas dilancarkan. Kemasukan PS5 sebagai konsol new-gen telah membawa kepada remake bagi permainan tersebut yang diberi tajuk The Nioh Collection. Saya telah diberikan peluang untuk mencuba permainan tersebut, dan ini adalah review saya mengenai The Nioh Collection di PlayStation5.

The Nioh Collection telah dilancarkan 5 Februari tahun ini dan permainan tersebut mengandungi versi Nioh 1 dan Nioh 2 yang diremake yang disertakan semua tahap DLC asal. Sekilas pandangan, permainan ini amat menarik kerana mempunyai banyak content untuk dimainkan semula dan ia nampak lebih hebat apabila dimainkan di PS5 berbanding versi PS4. Tanpa membuang masa, jom baca review saya mengenai game ini.

Naratif

Kedua-dua cerita dalam koleksi Nioh ini walaupun berkait, namun ia agak sukar untuk diikuti. Hasil dari permainan saya, Nioh diinspirasikan dari peristiwa sejarah yang terjadi di Sengoku, Jepun dan menampilkan ramai orang dari kehidupan realiti, seperti Oda Nobunaga dan Ieyasu Tokugawa. Bersama dengan tokoh-tokoh legenda ini, anda juga akan memerangi makhluk yokai, makhluk mitos yang nyata wujud bagi orang Jepun pada ketika itu. Sekiranya anda peminat peminat anime dan budaya Jepun, banyak perkara ini seperti berkait.

Dalam Nioh 1, anda akan bermain sebagai tokoh sejarah William Adams, seorang lelaki Britain yang datang ke Jepun.  Manakala dalam Nioh 2, anda diberi peluang mencipta watak permainan anda sendiri serta boleh mengubah penampilan karakter pada bila-bila masa. Pendekatan ini membuatkan saya rasa seronok kerana diberi kebebasan untuk sesuatu yang lebih dekat dengan diri saya.

Gameplay & Sistem Pertempuran

Permainan Nioh ini lebih kurang seperti genre Demon Souls, namun kedua-dua game tersebut tidak memiliki banyak persamaan kerana pertempuran di Nioh lebih pantas dan rumit. Di Souls, hanya terdapat dua serangan, manakala Nioh memiliki pelbagai kombo dan unlockable skills yang memerlukan pemain bijak mengatur serangan dan tindakan refleks. Selain itu, setiap senjata di Nioh mempunyai tiga posisi yang memiliki kombo dan  kemahiran unik tersendiri. Mod Hyper di dalam permainan ini menjadikan pemain kebal buat sementara waktu serta mengandungi skill dan ability.

Seperti di Souls, pengurusan stamina amat penting, tetapi di Nioh pula menggunakan penambahan sistem Ki Pulse. Sistem ini membantu memulihkan stamina anda selepas diserang dengan menekan butang tepat pada masanya dan membolehkan pemain terus bertarung. Di Nioh 2, pertempuran ditambah dengan burst counters yang membantu menyerang balas dari serangan tertentu dan soul cores yang memberi kemampuan khas kepada yokai menghasilkan damage yang banyak.

Perbezaan ciri lain yang terdapat dalam kedua-dua permainan Nioh yang memberikan identitinya yang tersendiri adalah penyertaan sistem Guardian Spirit atau Living Weapon. Sistem ini memberikan pemain memanggil yokai terkuat untuk pemain bertahan dari special attack musuh yang berbahaya. Gerakan ini memberi kelebihan kepada pemain untuk kumpul amrita points yang berfungsi seperti di Souls apabila anda tidak menyerah pada cabaran yang semakin meningkat.

Skill, Level & Online Co-op di Nioh

Terdapat pelbagai cara untuk anda tingkatkan karakter dan skill anda. Contohnya seperti skill tree yang terdapat pada setiap senjata, magic dan ninjutsu serta skill umum. Dengan menyelesaikan tugas-tugas tertentu seperti membunuh ramai musuh anda boleh unlock bonus skill pada senjata melalui copious weapon dan armor buffs. Komponen terpenting dalam pertempuran adalah dengan menggunakan item buff dan debuff serta menggunakan skill yang betul.

Bagi saya, level design permainan ini sangat menarik kerana Nioh menggunakan interconnected level seperti yang dipakai dalam Souls. Pemain boleh berehat dan simpan progress dimana-mana shrine serta setiap level mempunyai shortcut yang boleh dibuka untuk membantu anda maju dari setiap level. Kekuatan game Nioh bagi saya ialah apabila dapat menguasai medan bertarung dan memberi kelebihan kepada saya semasa berlawan dengan musuh.

Online co-op dalam permainan ini membantu meringankan beban para pemain kerana anda boleh meminta bantuan pemain lain dari mana-mana kuil untuk menentang boss yang sangat mencabar. Di Nioh 2, anda harus menggunakan consumable untuk melakukan summoning bagi menambahkan keupayaan pemain untuk membawa phantom mereka sebagai pembantu. Anda akan menerima reward apabila pemain lain menggunakan phantom anda untuk menyelesaikan level mereka.

Grafik Nioh di PS4 vs PS5

Berbanding generasi sebelum ini di PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro, The Nioh Collection di PlayStation 5 mempunyai penambahbaikan dari segi mod prestasi dimana ia lebih seronok dimainkan dalam mod 120FPS pada kedua-dua tajuk yang diremake. Versi sebelum ini menggunakan pendekatan checkerboard untuk 4K rendering tetapi di PS5 ia menawarkan option 4K.

Nioh 2 memberikan pilihan HDR untuk mereka yang mempunyai display yang lebih baik serta Team Ninja menjadikan mod PlayStation 5 lebih standard pada resolusi sambil mengekalkan di tahap 60FPS semasa bermain. Saya memilih mod 120FPS untuk mendapatkan pengalaman yang lebih menarik. Kelebihan SSD NVME di PlayStation 5 jelas memberikan kedua-dua permainan di Nioh Collection dapat di load dengan pantas yang menjadikan masa menunggu lebih singkat.

Akhir kata…

The Nioh Collection mempunyai pertempuran yang mencabar dan memerlukan skill refleks yang hebat. Anda pasti akan menyukai level design serta sistem yang ditingkatkan dan content yang terdapat dalam Nioh kerana ia mampu membuatkan anda leka dalam penjelajahan permainan di era Sengoku Jepun.

Sampai disini sahaja review The Nioh Collection saya. Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini, anda boleh lihat segala liputan lama kami di sini. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba dan bermain, anda boleh dapatkan permainan The Nioh Collection di PlayStation Store. Terima kasih kerana sudi membaca review saya, salam gamers!

Video Gameplay

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Niohps5SonyThe Nioh Collection
Previous Post

[Review] ROG Phone 5 atau ROG Phone 5 Ultimate? Dua prestasi berbeza yang penuh kehebatan!

Next Post

Studio baru Haven oleh Jade Raymond mengusahakan IP baru untuk PlayStation

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Studio baru Haven oleh Jade Raymond mengusahakan IP baru untuk PlayStation

Studio baru Haven oleh Jade Raymond mengusahakan IP baru untuk PlayStation

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd